Berita

Tujuh hari acara digital live!

Tujuh hari acara digital live! 2

Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menganjurkan Minggu Saham Digital (MSD), adaptasi Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang diberi nafas baharu secara digital.

Acara digital tujuh hari ini akan disiarkan secara langsung setiap hari di antara jam 12.30 tengah hari dan 10.30 malam, bermula dari 18 hingga 24 November 2020 melalui Facebook dan YouTube.

Terdapat pelbagai acara menarik diadakan sepanjang MSD yang bermula minggu ini antaranya konsert terbesar maya dikenali sebagai Pass the Mic! yang menampilkan K Clique, Akim Ahmad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra dengan Feeya Iskandar, Sissy Imann, Jiggy dan Alif Farhan sebagai hos.

Selain itu, program Cikgu CEO iaitu webinar topikal interaktif yang memberi peluang belia berinteraksi dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) dari Maybank Berhad dan UMW Holdings Berhad memberi fokus untuk mendidik belia mengenai kepentingan literasi kewangan.

Turut diadakan adalah Makan Dulu iaitu perbincangan santai berlatarbelakangkan suasana di kedai kopi dengan topik perbincangan mengenai kewangan, pelaburan, keusahawanan dan ekonomi dengan ahli panel yang juga merupakan pemimpin industri.

Rancangan bual bicara ini dibawa kepada penonton oleh UMW Holdings Berhad, Maybank Berhad dan MIDF Berhad.

Di samping itu, dalam My Cerita, penonton akan mengikuti pengacara yang diminati ramai, Dahlia Shazwan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan UMW Holdings Berhad untuk mendapatkan penerangan mengenai fungsi, budaya, visi dan misi syarikat-syarikat berkenaan.

Tujuh hari acara digital live! 3

Tidak ketinggalan program Masak Macam Mak yang akan memberi penghormatan kepada masakan unik Malaysia.

Selebriti Fizo Omar, Elfira Loy, Sherson Lian dan Datuk Fazley Yaakob bersama ibu mereka akan muncul dalam rancangan memasak ini yang dibawa ke MSD oleh Sime Darby Plantation Berhad.

Tujuh hari acara digital live! 4

Bagi menyuntik kelainan dalam acara tahun ini, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, akan membawakan program Jumpa di 118 yang menampilkan pengacara Awal Ashaari dan Ketua Pegawai Pelaburan, Hartanah PNB, Rick Ramli serta Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud.

Mereka akan berbicara mengenai perkembangan pembinaan ikonik ini dan memberikan gambaran lebih mendalam berkaitan Merdeka 118, menara yang menghiasi kaki langit Kuala Lumpur sebaik mencapai Tingkat 118 iaitu puncaknya.

Tujuh hari acara digital live! 5

Selain itu, Awal turut akan menunjukkan rumah rekaan eksklusif Setia Alamsari yang disediakan SP Setia dan Serini Melawati oleh Sime Darby Property Berhad bagi menelusuri maksud sebenar kediaman menerusi segmen Selesa.

Melalui program Kereta Kita, penonton berpeluang menyelami perbualan menarik antara pengacara Hazeman Huzir dan Fahrin Ahmad bersama tetamu mengenai kereta kegemaran mereka dalam program dibawakan oleh Sime Darby Berhad, UMW Holdings Berhad dan Perodua.

Tujuh hari acara digital live! 6

Tidak dilupakan, program Betul Ke, Doc? yang dibawakan khas oleh Duopharma Biotech Berhad yang akan merungkai isu-isu kesihatan luar biasa bersama pakar perunding perubatan iaitu Datuk Dr Zanariah dan Dr Rajani Sarvananthan.

Menerusi segmen Lepak Je! penonton juga akan berpeluang untuk lepak bersama selebriti, personaliti dan influencer seperti Fikry Ibrahim, Nana Al Haleq, Rozita Che Wan dan Dr Say Shazril yang akan mengemukakan cabaran menyeronokkan atau menjawab soalan ‘panas’.

Tujuh hari acara digital live! 7

Turut diadakan adalah segmen GG Bro! khusus untuk peminat e-sukan di mana MSD memberi peluang kepada penonton untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Azim Ikromi (draxx), Nureddy Nursal (Daddy Hood) atau Zahiril Adzim dalam liga fantasi FIFA 21 dan bertarung secara langsung dengan pasukan lain.

Bagi mereka yang berminat dengan topik Kewangan Islam boleh menyertai Forum Kewangan Syariah yang dibawakan oleh MNRB Holdings Berhad.

Rancangan ini menampilkan pemudahcara Imam Muda Asyraf dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Nor Azman Zainal.

Tujuh hari acara digital live! 8

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, ikuti Facebook dan Instagram @minggusahamdigital dan laman web www.minggusahamdigital .com.my.

Tujuh hari acara digital live! 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo