Berita

Tujuh pelacur ditahan di pusat hiburan keluarga

Tujuh pelacur ditahan di pusat hiburan keluarga 1

Tujuh pelacur ditahan di pusat hiburan keluarga 2

Taiping: Tiga wanita warga asing dan empat warga tempatan dipercayai pelacur ditahan dalam operasi membanteras kegiatan tidak bermoral di pusat bandar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mereka ditahan selepas polis menyerbu dua lokasi pusat hiburan keluarga di sini.

Menurutnya, semua wanita yang ditahan berumur 30-an dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk tindakan lanjut.

“Dalam operasi itu kita berjaya menahan tiga warga China dan empat warga tempatan dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di pusat hiburan keluarga di pusat bandar ini.

“Hasil siasatan awal mendapati tiga wanita warga asing itu sudah tamat tempoh permit manakala pusat hiburan keluarga terbabit didapati menyalahgunakan lesen dengan berselindung untuk melakukan kegiatan maksiat,” katanya ketika ditemui pada Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu, Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar bandar ini, malam tadi.

Menurutnya, polis akan meminta Majlis Perbandaran Taiping (MPT) untuk membatalkan lesen pusat hiburan keluarga terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1953 dan Seksyen 39 (b) akta yang sama serta Seksyen 55 (b) Akta Pusat Hiburan 1984,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi bersepadu ambang Tahun Baru 2021, malam tadi, sebanyak 28 saman dikeluarkan pihaknya manakala 12 individu ditahan membabitkan kes jenayah, narkotik, trafik dan pematuhan SOP.

Tujuh pelacur ditahan di pusat hiburan keluarga 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo