Infotainment

Tular Video Ketawa Sehingga Dituduh Meroyan, Puteri Sarah Bidas Netizen 

Tular Video Ketawa Sehingga Dituduh Meroyan, Puteri Sarah Bidas Netizen 
Tular Video Ketawa Sehingga Dituduh Meroyan, Puteri Sarah Bidas Netizen  1

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan kembali mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof apabila timbul dakwaan pengarah itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Bagaimanapun, Puteri Sarah dilihat tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa dan kini sedang menikmati percutian bersama anak-anaknya ke Jepun.

BACA: Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof, Ira Kazar Kahwin Di Thailand

Namun, ada pihak mendakwa aktres itu meroyan susulan tular video yang disunting dari TikTok Live memaparkan dirinya bergelak ketawa sehingga ada yang menuduh Puteri Sarah belum move on.

“Saya ada terbaca satu artikel yang telah membuatkan ramai orang salah faham. Apabila saya buat live di TikTok, saya hanya menjawab persoalan orang dan saya buat lawak lepastu orang ketawa.

“Jadi ada yang edit sikit-sikit.. gabungkan dalam satu video sampai nampak saya ini macam orang yang tak betul pula. Kemudian ramai yang kritik saya belum move on, meroyan hanya sebab mereka judge daripada video yang sikit itu.

Tampil menjelaskan mengenai tuduhan tersebut, Puteri Sarah berkata perkara tersebut sudah lama berlaku dan tidak bermakna jika dia kerap bercakap mengenai perkara itu bermakna dia belum move on.

“Macam mana korang tahu yang saya ni meroyan? Duduk serumah dengan saya ke? Lebih baik korang tak perlu cakap apa-apa. Jadi di sini saya nak jelaskan mengenai video pendek menunjukkan saya belum move on.

“Benda tu dah lama berlaku, tak bermaksud saya kerap cakap mengenai perkara tersebut terus nak judge saya belum move on, tertekan, meroyan, nak kata saya ni buat-buat happy.

“Pertama sekali, saya dah empat tahun tutup mulut dan kena mental torture dari pihak sana. Jadi ini adalah hak saya untuk bercakap. Bukannya saya dedahkan apa yang berlaku secara details. Jadi jangan mudah nak judge daripada video yang telah disunting,” katanya.


Tular Video Ketawa Sehingga Dituduh Meroyan, Puteri Sarah Bidas Netizen  1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo