Berita

Tumpasnya sindiket jual burung haram!

Tumpasnya sindiket jual burung haram! 1

Tumpasnya sindiket jual burung haram! 2

Kuala Lumpur: Sorok 63 ekor burung dilindungi di dalam rumah untuk dijual di pasaran gelap.

Difahamkan suspek warga Myanmar yang menghuni rumah di Hulu Langat, Selangor itu, diupah sindiket tempatan untuk menjaga 19 spesies burung dilindungi yang dipercayai dijerat oleh pemburu haram.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan berkenaan dibongkar hasil maklumat dan risikan yang dilakukan pihaknya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, kejayaan itu susulan tindakan sepasukan pegawai Perhilitan dan anggota polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Lubok Kelubi, Hulu Langat, Selangor.

“Dalam serbuan jam 2.30 petang semalam, seorang lelaki Myanmar yang juga pemegang kad Pesuruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditahan.

“Pemeriksaan di dalam rumah yang didiami lelaki itu menemui berpuluh sangkar burung diletakkan hampir di semua sudut kediaman termasuk bilik dan dapur.

“Siasatan mendapati semua burung itu disimpan tanpa permit membabitkan spesis greater green leaf bird, white rumped sharma, yellow billed warbler, everett’s white eye, breasted flower pecker, black cremates bulbul, stripe throated bulbul, hill blue flycatcher, olive wing bulbul dan pelbagai spesies burung lain,” katanya.

Menurutnya, Perhilitan mengesyaki lelaki warga asing itu diupah untuk menjaga semua burung yang dijual untuk pasaran tempatan,

“Suspek yang berusia 30-an itu kemudian ditahan dan telefon bimbitnya turut dirampas. Kes itu kini disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya.

Kes berkenaan rampasan terbaru selepas 1,978 burung daripada 22 spesies yang dilindungi dianggarkan bernilai RM279,960 dirampas dalam tiga siri serbuan di Lembah Klang dan Johor antara Januari sehingga 28 September lalu.

Seramai tiga lelaki berusia antara 27 dan 49 tahun turut ditahan dalam serbuan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Perhilitan menerusi Op Khazanah itu.

Tumpasnya sindiket jual burung haram! 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo