Berita

Tyson minat bertarung di MMA

Tyson minat bertarung di MMA 1

Tyson minat bertarung di MMA 2

London: Mike Tyson mencetuskan spekulasi dia mungkin bertukar ke MMA untuk pertarungan akan datang.

Sesi latihan terkini legenda tinju berusia 54 tahun itu menunjukkan dia gigih berlatih di oktagon.

Tyson kembali daripada persaraan dengan menyertai pertarungan pertunjukan menentang Roy Jones Jr pada November lalu.

Dia mengesahkan hasratnya untuk bertarung sekali lagi tahun ini dan ramai peminatnya yakin Tyson akan mencuba nasib di MMA.

Jurulatih terkenal MMA, Rafael Cordeiro berkongi video sesi latihan Tyson di oktagon yang menyaksikan Iron Mike melepaskan beberapa tumbukan manakala lawannya diasak ke dinding sangkar.

Kapsyen tertera dalam video: “Harimau @miketyson dalam sangkar. Awas!”

Sebelum ini Tyson menyifatkan UFC sebagai ‘seksi’ tetapi menegaskan habuan wang dalam tinju jauh lebih baik.

Bercakap kepada ‘podcaster’ Brant James, katanya: “MMA selalunya menarik lebih ramai penonton dan memerlukan banyak peralatan berbanding tinju tetapi petinju biasanya membuat lebih banyak duit berbanding jaguh MMA.”

Ketika ditanya mengapa ia terjadi, dia berkata: “Ia sukar, tidak masuk akal. Saya tak tahu, mereka tidak membuat cukup duit berdasarkan perspektif saya. Ia menggembirakan dan seksi tetapi jaguh UFC tidak membuat cukup duit.”

Bagaimanapun, legenda berusia 54 tahun itu tidak memberi bayangan sama ada dia akan bertarung di MMA terlebih dahulu sebelum ke gelanggang tinju.

Tyson minat bertarung di MMA 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo