Berita

UiTM Holding isytihar dividen RM2.5 juta

UiTM Holding isytihar dividen RM2.5 juta 2

Kuala Lumpur: UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) mengisytiharkan dividen sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.

Dalam kenyataannya, dividen itu adalah bayaran tunggal terbesar yang diisytiharkan UiTM Holdings sejak penubuhannya.

Menurutnya, dividen berkenaan diisytiharkan seiring prestasi luar biasa UiTM Holdings ketika pandemik Covid-19 selepas merekodkan kerugian signifikan sejak tiga tahun lalu.

“Hasil positif ini diperoleh susulan Program Transformasi rapi yang dimulakan sejak 2018. Penambahbaikan yang dilakukan sejak itu termasuk perubahan dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan, memperkukuh tadbir urus syarikat serta memperkemaskan sektor perniagaan,” katanya, hari ini.

Katanya, UiTM Holdings meletakkan sepenuh perhatian dalam memperbaiki perniagaan, menyemak dan melaksanakan model perniagaan yang lebih optimum serta melantik kakitangan yang sesuai untuk jawatan yang tepat.

Cek dividen disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings, Norzaimah Maarof kepada Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan Bendahari UiTM, Mazlan Hashim dalam majlis penyampaian cek di Canseleri, Jumaat lalu.

Majlis itu disaksikan secara dalam talian Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Holdings, Datuk Md Zubir Ansori Yahaya serta ahli Lembaga Pengarah, Khalil Abd Jabar.

UiTM Holding isytihar dividen RM2.5 juta 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo