Berita

Ujian paling ekstrem Volvo | Harian Metro

Ujian paling ekstrem Volvo | Harian Metro 1

Ujian paling ekstrem Volvo | Harian Metro 2

Stockholm: Pengeluar kenderaan Sweden, Volvo membuat simulasi pelbagai senario kemalangan ekstrem bagi membantu pasukan penyelamat negara itu lebih cekap menangani bencana itu.

Ia dilihat sebagai ujian paling ekstrem dilakukan Volvo apabila menjatuhkan 10 kenderaan baharu pelbagai model dari ketinggian 30 meter beberapa kali dengan menggunakan bantuan kren.

Gulf News melaporkan latihan itu dilakukan bagi membolehkan pasukan penyelamat bersedia dengan sebarang kemungkinan risiko kemalangan paling ekstrem berbanding simulasi kemalangan biasa.

Sebelum dijatuhkan, jurutera keselamatan Volvo membuat kiraan sebenar berhubung tekanan dan kekuatan dihadapi setiap kenderaan untuk mencapai tahap kerosakan disasarkan.

Volvo berkata, ujian itu membantu menghasilkan kerosakan yang cukup ekstrem daripada pelbagai sisi kenderaan.

KENDERAAN dijatuhkan menggunakan kren. FOTO Agensi
KENDERAAN dijatuhkan menggunakan kren. FOTO Agensi

“Kita sudah bertahun-tahun bekerjasama dengan pasukan penyelamat Sweden, sebab itu kami mempunyai matlamat sama.

“Kita harap tiada seorang pun mangsa melalui pengalaman kemalangan paling teruk namun bukan semua kemalangan boleh dielakkan.

“Jadi, penting wujudnya kaedah menyelamatkan nyawa apabila berlaku sesuatu kejadian kemalangan teruk,” kata Penyiasat Kanan Pasukan Kajian Kemalangan Trafik Volvo Cars, Håkan Gustafson.

Pakar penyelamat Sweden kerap menggunakan kenderaan ujian di Pusat Keselamatan Kenderaan Volvo untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam tugas menyelamat nyawa.

Semua data penemuan daripada simulasi kemalangan itu akan dikumpul dalam laporan penyelidikan lebih meluas.

Ujian paling ekstrem Volvo | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo