Infotainment

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 1

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 2

Tahun lalu saya mengulas Huawei Mate 30 Pro dan mengatakan “dari MATE tak turun ke hati”. Walaupun dari segi perkakasan Mate 30 Pro adalah peranti yang amat baik, dari segi perisian ia adalah 180 darjah ke belakang selepas Huawei dihalang dari menggunakan GMS akibat sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Pelbagai isu kerompongan aplikasi tidak mampu ditutup sehingga saya merasakan jika anda mahukan peranti Huawei tahun lalu, P30 Pro adalah pilihan yang lebih ampuh.

Setahun telah berlalu dan soalan yang sama masih saya terima dari pembaca Amanz semua. Maka ulasan ni cuba menjawab sama ada Mate 40 Pro menyelesaikan pelbagai isu berbanding ataupun sekadar mengulangi kesilapan tahun lalu.

Sebelum menjawab soalan cepu emas ini, ada baiknya jika kita mulakan dulu dengan spesifikasi Huawei Mate 40 Pro untuk pasaran tempatan.

Spesifikasi Dan Rekabentuk

Huawei Mate 40 Pro
Skrin 6.76″ OLED 2X, FHD+,
HDR10, 90Hz adaptif
Pemproses Kirin 9000 (5nm)
Cip 1 X 3.13 GHz Cortex A77
3 X 2.54 GHz Cortex A77
4 X 2.05 GHz Cortex A55
Cip Grafik Mali-G78 MP24
RAM 8 Gigabyte
Muatan Dalaman 256GB (NM card 256GB)
Kamera Utama 50+12+20 Megapixel.
f/1.9+f/3.4+f/1/8, OIS, HDR, 4K 60p
Kamera Depan 13 Megapixel f/2.4, 4K 60p
Bateri 4400 mAh
Pengecasan berwayar 66W
Pengecasan nirwayar 50W
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano (Talam Hibrid)
NFC Ya
Infra Merah Ya
Kalis Air IP68
Sistem Imbasan Wajah 3D, Cap jari terbina dalam skrin
Harga Jualan RM?

Skrin 6.76″ OLED FHD+ tahun ini bukan sahaja lebih besar berbanding 6.53″ tahun lalu malahan akhirnya menyokong kadar segar semula 90Hz adaptif. Lengkungan melampau 88 darjah skrin “air terjun” tahun lalu masih lagi dikekalkan kerana ia kini menjadi rekaan siri Mate. Ketiadaan sokongan 120Hz dan QHD+ adalah mengecewakan tetapi Huawei sendiri mengatakan 90Hz mengimbangi keperluan skrin yang menatal dengan lancar dengan penggunaan bateri yang tidak terlalu melampau.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 3
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 26

Saya tahu ada yang merasakan ini kekurangan jika dibandingkan dengan peranti mercu Samsung, Xiaomi dan Oppo, tetapi hakikatnya dari pengalaman peribadi majoriti aplikasi di pasaran masih mempunyai had maksimum 90Hz sahaja. Sokongan 120Hz adalah menarik di atas kertas tetapi realitinya seperti merugikan kerana tiadanya sokongan yang menyeluruh. Kekurangan ini sedikit sebanyak terubat kerana wujudnya sokongan kadar segar semula adaptif. Terdapat juga sokongan 60Hz dan 90Hz sepanjang masa sekiranya diperlukan.

Kembali semula ke dwi skrin melengkung yang digunakan, ia membuatkan peranti kelihatan bergaya. Tetapi sebenarnya fungsi adalah lebih penting dari gaya. Sisi peranti terdedah kepada hentakan sekiranya terjatuh dan pada waktu yang sama amatlah licin. Kerangka plastik yang diberikan masih belum cukup untuk memberikan pelindungan yang secukupnya kerana sebahagian besar sisi masih terdedah.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 4
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 27

Tahun lalu alasan yang diberikan ialah bagi memberikan ciri laras audio sesentuh sepenuhnya yang saya katakan langsung tidak mesra pengguna. Tahun ini keluhan didengari dan sebuah butang laras suara fizikal disertakan pada sisi kanan. Butang fizikal jauh lebih responsif tanpa perlu melakukan dwi-tap terlebih dahulu memaparkannya pada skrin. Bagi mereka yang menggemari sistem laras suara sesentuh, anda tidak perlu risau kerana ia masih lagi disertakan terutamanya pada mereka yang kidal.

Antara komen terawal yang saya lihat di Amanz mengenai peranti ini ialah penggunaan lubang kamera bujur yang dikatakan terlalu besar. Sebenarnya lubang kamera Mate 40 Pro adalah lebih kecil berbanding P40 Pro+. Pada waktu yang sama Huawei mengekalkan sistem imbasan wajah 3D yang digunakan sejak Mate 20 Pro. Menyahkunci dalam gelap boleh dilakukan tanpa masalah malahan turut boleh dilakukan ketika peranti di posisi mendatar.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 5
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 28

Pujian diberikan kepada Huawei kerana sistem imbasan seakan Face ID ini disokong tanpa menyertakan takuk skrin yang besar. Apple berbangga dengan takuk iPhone 12 yang lebih kecil tahun ini. Huawei maju selangkah ke hadapan lagi dengan tidak memerlukan takuk tanpa kehilangan fungsi nyahkunci wajah.

Untuk tahun kedua saya ingin bertanya kepada Apple apakah alasan mereka untuk mengekalkan takuk yang besar pada iPhone? Soalan yang sama juga ingin saya tanyakan mengapa Face ID masih tidak berfungsi apabila peranti mendatar. Ia boleh dilakukan pada iPad Pro dan peranti Huawei. Tiada alasan yang munasabah diberikan sehingga kini.

Isu besar tahun lalu juga terletak pada gagang telinga bawah skrin dari jenis piezoelektrik yang membuatkan panggilan telefon kedengaran kurang jelas. Tahun ini sebuah pembesar suara fizikal diletakkan pada bezel atas seperti yang ditemui pada Note20 Ultra. Hasilnya kualiti panggilan akhirnya selari dengan statusnya sebagai peranti mercu. Panggilan VoLTE misalnya amat jelas seperti bercakap dengan insan yang berada di depan anda.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 6
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 29

Tidak berakhir di sini, pembesar suara stereo sebenar juga dikembalikan. Dua kekisi audio diletakkan pada bahagian bawah dan atas peranti. Peranti mercu sejak 2018 pada hemat saya tidak seharusnya sekadar menyokong audio mono. Tambahan lagi sebuah pemancar infra merah turut disertakan bagi membolehkan peranti digunakan sebagai alat kawalan jauh. Ini adalah sangat sesuai kerana dari belakang konfigurasi kamera Mate 40 Pro mirip rekaan alat kawalan jauh televisyen Samsung yang saya miliki di rumah.

Unit ulasan Space Silver mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca yang berubah-ubah warnanya mengikut sudut ia dilihat. Kemasannya pusam membuatkan kotoran minyak tidak kelihatan terlalu kronik jika dibandingkan dengan kemasan berkilat. Huawei menyertakan sebuah kerangka plastik dengan setiap pembelian bagi menyelesaikan isu ini. Saya sekali lagi ingin mengatakan peranti ini mempunyai nisbah permukaan kaca kepada logam yang lebih tinggi dari biasa. Amatlah menakutkan untuk menggunakannya tanpa sebarang kerangka.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 7

Bercakap mengenai kamera, sebenarnya spesifikasinya lebih rendah berbandingan P40 Pro. Tri kamera utama 50+12+20 MP di belakang dipadankan dengan kamera hadapan hanya 13 MP. Pada P40 Pro konfigurasi 50+12+40+3D ToF digunakan bersama kamera swafoto 32-MP. Kelebihan saya berikan kepada Mate 40 Pro kerana bonggol kameranya tidak terlalu tinggi.

Dengan luas permukaan yang besar, masalah peranti terjungkit apabila diletakkan di atas meja juga tidak berlaku. Masalah saya bukan bonggol kamera yang besar sebenarnya tetapi bonggol yang menyukarkan penggunaan pada permukaan meja.

Melengkapi rekaan ialah port pengecasan USB-C dan talam dwi-SIM nano pada bahagian bawah. Talam hibrid ini adalah dari jenis yang perlu dicucuk dengan jarum yang membolehkan penambahan storan menggunakan NMCard yang dibangunkan sendiri oleh Huawei. Tidak mengejutkan tiada bicu audio kerana Huawei mengikut langkah Apple beberapa tahun lalu dan kini aktif menjual aksesori audio nirwayar di bawah keluarga FreeBuds. Akhir sekali kesemua komponen ini dimasukkan ke dalam tubuh yang melepasi piawaian kalis air IP 68.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 8
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 30

Antaramuka Dan Pengalaman Penggunaan

Tiada Android 11 kerana EMUI 11 yang digunakan masih berasaskan Android 10. Masih tiada GMS dan Huawei telah mengesahkan jika diberikan akses kembali mereka akan kekal dengan HMS iaitu ekosistem mereka sendiri. Pengalaman penggunaan Mate 40 Pro sebenarnya tidak banyak bezanya dengan peranti yang dilengkapi GMS. Masih lagi lancar dan pantas lebih-lebih lagi jika mod skrin 90Hz digunakan.

Kesemua ciri seperti kawalan gestur, melancarkan dua peranti serentak. melakukan kustomasi skrin adalah sama seperti Android asal. Ketiadaan aplikasi GMS seperti YouTube, Maps dan Google Photos memang harus diakui amat dirasai. Tetapi pada bulan November 2020, situasi tidak seteruk pada Mate 30 Pro.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 9

EMUI 11 pada Mate 40 Pro juga membawakan ciri tambahan menarik seperti kawalan menggunakan tangan secara nirsentuh Air Gestures. Skrin boleh ditatal, dihidupkan dari mati dan melakukan tangkapan skrin kesemuanya tanpa menyentuh skrin. Tidak berakhir di situ, pengguna juga diberikan pilihan untuk membuang lubang skrin serta skrin air terjun pada bahagian sisi dengan mengaktifkan mod Cutout dan Edges. Ini sedikit sebanyak menyelesaikan isu paparan melimpah keluar ke bahagian sisi ketika menonton video.

Pada Huawei App Gallery semakin banyak aplikasi ditawarkan terutamanya yang penting buat pengguna tempatan seperti Touch ‘n Go eWallet, Maybank U2, MySejahtera, Astro Go dan banyak lagi. Kerompongan aplikasi telah ditambal dengan jayanya. Jika tiada, Petal Search yang dilancarkan pada April lalu boleh digunakan. Cari aplikasi yang diperlukan dan terus muat turun. Menerusi Petal Search, kesukaran melakukan side loading dapat dikurangkan dengan banyak. Mahukan Netflix, Twitter, Facebook, WhatsApp dan Instagram? Muat turun sahaja menggunakan Petal Search.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 10
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 31

Sungguhpun begitu situasi penggunaan Petal Search dan App Gallery masih lagi belum cukup sempurna. Sebagai permulaan tidak semua aplikasi boleh ditemui dengan mudah. Contoh terbaik ialah CIMB Clicks masih tiada di App Gallery. Saya tidak berani memuat turun aplikasi perbankan penting ini dan memasangnya secara side loading menerusi Petal Search.

Proses mengemaskini aplikasi juga tidak cukup mesra pengguna. Petal Search tidak akan mengemaskini aplikasi ke versi terkini secara automatik seperti di Play Store. Kemas kini dilakukan secara satu persatu dan manual. Proses mengemaskini adalah sama seperti memasangnya untuk kali pertama. Sebagai insan yang celik IT, proses ini saya rasakan amatlah leceh. Bagi mereka yang kurang celik IT pula, ini adalah proses yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Selepas lebih setahun bertarung dengan sekatan ekonomi Amerika Syarikat, ekosistem HMS Huawei kini semakin baik. Alternatif semakin banyak seperti YouTube Vanced, Petal Maps dan banyak lagi. Kejerihan berpindah ke ekosistem Huawei kini membuatkan saya boleh menggunakan Mate 40 Pro sebagai peranti kegunaan harian selama 14 hari iaitu sepanjang tempoh ulasan. Ini tidak dapat saya lakukan semasa mengulas Mate 30 Pro dan P40 Pro. Huawei kini semakin kukuh tetapi beberapa isu yang saya jelaskan di atas perlu diselesaikan segera bagi membolehkan pengguna yang biasa dengan GMS boleh berpindah ke HMS dengan lancar.

Penanda Aras

Maaf tentang kekosongan bahagian ini kerana tiada aplikasi penanda aras boleh dipasang pada peranti yang diterima untuk ulasan. Saya cuba memasang Geekbench 5 dan Antutu 3D tetapi kesemua percubaan dihalang oleh perisian.

Apa yang boleh saya katakan ialah pengalaman menggunakan aplikasi, permua dan menatal peranti sama lancar seperti pada peranti mercu lain. Tiada perbezaan kelajuan dapat dirasai jika dibandingkan dengan peranti dengan Snapdragon 865, Snapdragon 865+, Exynos 990 dan Apple A13. Sama lancar sama senang.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 11
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 32

Menjalankan permua juga tiada masalah asalkan ia tidak memerlukan log masuk ke Google Play Games. Saya tidak boleh memainkan Temple Run 2 kerana keperluan log masuk ke Play Games. Pada permua lain seperti COD Mobile, Asphalt 9 dan Free Fire, tiada isu berlaku.

Peranti boleh menjalankan pelbagai permua tanpa masalah sela masa dan pada tetapan yang tinggi. Tetapi harus saya katakan tidak semua permua disokong. Contoh terbaik ialah Genshin Impact. Aplikasi langsung tidak boleh dijalankan mungkin kerana pembangun tidak menyokong cip Kirin 9000 sedangkan sebelum ini mereka tiada masalah menyokong Honkai Impact 3D pada peranti

Kamera

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 12

Hanya sistem tri-kamera digunakan dengan pemfokusan laser. Tiada sensor tambahan 3D ToF yang selama ini digunakan untuk pemfokusan serta menghasilkan kesan khas bokeh. Antaramuka aplikasi kamera adalah amat mudah difahami dengan pilihan yang jelas pada bahagian kanan untuk pelbagai mod dan pada bahagian kanan terdapat tetapan flash, kecerdasan buatan dan pautan ke tetapan.

Dengan konfigurasi kamera ini, peranti menyokong zum optikal sehingga 5X, nirhilang sehingga 10X, dan digital sehinga 50X dengan sokongan OIS. Terdapat sistem kecerdasan buatan Master AI yang mengoptimasikan kebanyakan tetapan kamera mengikut situasi. Lensa Leica masih digunakan bagi meneruskan kerjasama antara syarikat sejak Huawei P9.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 13

Antara ciri menarik yang disertakan adalah monokrom, potret, makro, Dual View, gambar resolusi ultra-tinggi, mod malam dan Light Painting. Bagi yang mahir menggunakan kamera, mod Pro boleh diakses dengan pelbagai parameter boleh diubah mengikut kehendak.

Kualiti Gambar

Kualiti gambar baik dengan penghasilan warna yang hidup walaupun tidak setepat situasi sebenar. Imej yang dihasilkan adalah tajam dengan sistem pemfokusan yang pantas tanpa sebarang masalah. Masalah pemanasan juga tidak dialami walaupun selepas mengambil banyak gambar secara berturutan. Mod malamnya juga seperti dijangka baik dengan hingar yang rendah serta imej yang terhasil kelihatan terang. Secara keseluruhan Mate 40 Pro meneruskan tradisi Huawei dalam kemampuan fotografi yang amat memuaskan.

Rakaman video juga adala baik dengan sistem penstabilan yang mampu mengurangkan gegaran ketika berjalan mislanya. Tetapi ia tidak sebaik rakaman video iPhone 12 Pro Max dan Galaxy Note20 Ultra 5G. Apabila sistem penstabilan video diaktifkan, pergerakannya kelihatan terlalu mekkanikal sehingga tidak kelihatan semula jadi. Sungguhpun begitu ia masih lagi baik apabila dibandingkan dengan majoriti peranti lain di pasaran cuma bukan yang terbaik di dalam kelasnya.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 14
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 33
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 15
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 34
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 16
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 17
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 18

Di bawah pula ialah sampel gambar pada tetapan sudut lebar, zum 10X dan zum 50X. Prestasi zum pula adalah memuaskan sehingga sekitar 10X sahaja masih mengekalkan sistem hibrid. Apabila mencapai tahap 50X ganda, kualiti gambar yang diambil adalah tidak boleh digunakan langsung. Malaha apabil melakukan zum sehingga 50X, viewfinder mustahil untuk digunakan tanpa menggunakan sebuah tripod. Terlalu terhoyong hayang sehingga sukar untuk mengambil imej yang diingini.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 19
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 20
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 21

Audio

Sistem audio stereo seperti saya katakan di awal ulasan kembali lengkap dengan gagang telinga fizikal. Dua isu terbesar tahun lalu kini selesai. Tetapi kualiti audio pada Mate 40 Pro masih belum setanding peranti Android lain yang telah diulas tahun ini. Isu pertama ialah kelantangan audio maksimum yang tidak cukup tinggi. Pada tetapan maksimum sekalipun ia hanya sekadar 70% yang saya dapat nikmati pada Note20 Ultra 5G misalnya.

Kualiti audio juga sedikit kosong kerana sistem audio Huawei Histen tidak cukup hidup jika saya bandingkan dengan Dolby Audio yang menjadi standard pada peranti pintar mercu yang lain. Penstriman menggunakan LDAC yang secara lazimnyta memberikan pengalaman audio yang lebih memuaskan tidak dapat saya alami pada Mate 40 Pro. Ekosistem audio ialah satu lagi perkara yang perlu diberikan tumpuan oleh Huawei selepas ini kerana mereka kini kehilangan akses kepadaDolby.

Bateri

Ketahanan bateri adalah sangat baik. Pada penggunaan biasa, saya masih mempunyai sekitar 25% bateri sebelum tidur selepas peranti dicas sepenuhnya pada jam 8 pagi. Secara purata SOT sehingga 11 jam dapat dinikmati apabila menggunakan WiFi dan sehingga 9 jam apabila menggunakan LTE sepenuhnya walaupun dengan skrin 90Hz adaptif diaktifkan. Peranti hanya perlu dicas sekali sehari sahaja.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 22

Apabila kehabisan caj, bateri 4400 mAh yang digunakan boleh dicas sepenuhnya dalam masa sekitar 40 minit sahaja secara berwayar. Saya tidak dapat menguji sistem pengecasan nirwayar 50W Huawei kerana tidak disertakan dengan unit yang dipinjamkan.

Namun terdapat TETAPI di sini. Hayat penggunaan yang amat baik ini dapat dinikmati kerana sistem pengurusan bateri EMUI 11 yang saya kategorikan sebagai agresif. Pada tetapan lalai, kerap kali notifikasi tidak diterima sekiranya peranti dibiarkan di atas meja tanpa disentuh. Sebaik sahaja peranti diangkat, barulah notifikasi masuk berderet. Maka hayat bateri yang lebih baik dari peranti lain ini dinikmati kerana notifikasi yang tidak dihantar secara masa nyata.

Pesaing

Huawei Mate 40 Pro Apple iPhone 12 Pro Max Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G
6.76″ OLED, QHD+, HDR10, 90Hz (456 ppi) 6.7″ OLED, 1284 x 2778, Dolby Vision, 60Hz (458 ppi) 6.9″ Dynamic AMOLED 2X, QHD+, HDR10+, 120Hz (496 ppi)
Kirin 9000 (5nm)
1 X 3.13 GHz Cortx A77
3 X 2.54 GHz Cortex A77
4 X 2.05 GHz Cortex A55
Apple 14 Bionic (5nm)
2 X 3.1 GHz Firestorm
4 X 1.8 GHz Icestorm
Exynos 990 (7nm)
2 X 2.73 GHz Mongoose M5
2 X 2.5 GHz Cortex A76
4 X 2.0 GHz Cortex A55
Mali G-78 MP24 Apple GPU Mali G-77 MP11
8 GB LPDDR5 6 GB 12 GB LPDDR5
256 GB
(NMCard 256GB)
128/256/512 GB nVMe 256 GB UFS 3.0
(mikro SD 1TB)
Kamera Utama 50+12+20 Megapixel (f/1.9+f/3.4+f/1.8),OIS Kamera Utama 12+12+12+3DToF Megapixel (f/1.6+f/2.2+f/2.4), OIS Kamera Utama 108+12+12 Megapixel (f/1.8+f/3.3+f/2.2),OIS
Kamera Hadapan
13-Megapixel f/2.4
Kamera Hadapan
12-Megapixel f/2.2
Kamera Hadapan
10-Megapixel f/2.2
IP68 IP68 IP68
Tiada bicu audio 3.5mm Tiada bicu audio 3.5mm Tiada bicu audio 3.5mm
Audio Stereo Audio Stereo Dolby Atmos Audio Stereo Dolby Atmos
4400 mAh (Berwayar 66W, Nirwayar 50W) 3687 mAh (Berwayar 20W, Nirwayar 15W) 4500 mAh (Berwayar 25W, Nirwayar 15W)
Harga ? Harga bermula RM5299 Harga RM5199

Kesimpulan

Setahun lalu saya katakan Mate 30 Pro bukanlah pilihan baik bagi kebanyakan pengguna di Malaysia kerana kesukaran mencari aplikasi dan proses memasang aplikasi secara side-loading yang meragukan. Adalah sukar untuk menyarankan peranti tersebut kerana isu yang besar ini. Pada Mate 40 Pro, majoriti isu tahun lalu telah berjaya diselesaikan menerusi penawaran App Gallery yang semakin meluasa dan Petal Search yang lebih mesra pengguna.

Perkakasan Mate 40 Pro juga tidak mengecewakan dengan Kirin 9000 yang menawarkan penggunaan peranti yang lancar, pantas dan boleh menjalankan hampir kesemua aplikasi yang diperlukan. Pengalaman menggunakan Mate 40 Pro sama seperti menggunakan peranti mercu lain seperti iPhone 12 Pro Max, Note20 Ultra 5G dan Asus ROG Phone 3. Tiada perbezaan yang dapat saya rasai kecuali skrin yang sekadar menyokong 90Hz. Pada hemat saya tiada perbezaan langit dan bunyi diantara skrin 120Hz dan 90Hz untuk orang kebanyakan. Malahan jumlah aplikasi yang menyokong 120Hz juga masih tidak meluas.

Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 23

Kemampuan kamera pula seperti dijangka adalah amat baik terutamanya dalam situasi pencahayaan yang sempurna dan mod malam. Kekurangan hanya terletak pada kualti video yang masih tidak selancar yang boleh saya lihat pada Note20 Ultra dan iPhone 12 Pro. Sistem penstabilan video pada dua peranti tadi adalah lebih baik untuk menghasilkan rakaman yang kelihatan lebih semulajadi.

Tetapi masih terdapat beberapa kerompongan seperti ketiadaan aplikasi perbankan CIMB Clicks. Saya tidak menyarankan anda melakukan side-loading untuk aplikasi perbankan pada waktu ini. Sistem kemaskini Petal Search juga tidak automatik seperti pada Play Store. Jika dua perkara ini tidak dianggap sebagai masalah bagi anda, saya boleh menyarakan Mate 40 Pro untuk anda. Cuma isu di sini ialah tarikh dan harga jualan rasmi Huawei Mate 40 Pro masih lagi misteri. Jika dari MATE dah turun ke hati sekalipun, anda masih belum mampu membelinya di Malaysia

Pro

  • Rekaan ikonik Mate kembali dengan kemasan yang kelihatan dan terasa premium dalam gengaman.
  • Kembalinya butang laras suara fizikal pada sisi kanan.
  • Speaker fizikal untuk gagang telinga dan audio stereo.
  • Pengalaman penggunaan yang amat lancar selari dengan peranti mercu pengeluar lain.
  • Ketahanan bateri yang memuaskan.
  • Sistem pengecasan amat panatas.
  • Kemampuan fotografi yang cukup mengagumkan.

Kontra

  • Skrin terlalu melengkung sehingga peranti menjadi terlalu licin.
  • Petal Search masih tidak mampu menawarkan kelancaran kemaskini seperti GMS.
  • Beberapa aplikasi tidak boleh dijalankan kerana tiada sokongan untuk cip Kirin 9000.
  • Tiada sokongan HDR dan resolusi HD Penuh pada Netflix.
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 24
Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 35



Ulasan Huawei Mate 40 Pro – Dari Mate Mula Turun Ke Hati – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo