Artikel Terkini

Untuk Newbie Wajib Lakukan 6 Perkara Mudah Ini Sebelum Mula Tanam Sayur

Untuk Newbie Wajib Lakukan 6 Perkara Mudah Ini Sebelum Mula Tanam Sayur
Untuk Newbie Wajib Lakukan 6 Perkara Mudah Ini Sebelum Mula Tanam Sayur 1

Berkebun merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan kerana kita berhubung dengan persekitaran semula jadi. Namun tidak bagi mereka yang mempunyai ruang yang amat terhad terutamanya yang mendiami rumah jenis apartmen. Namun itu bukanlah halangan, berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik terpakai, polybag, pasu dan sebagainya adalah penyelesaian bernas. Selain mudah diselenggarakan, ia tidak membataskan anda untuk menggayakan tumbuhan berpasu mengikut konsep dan kehendak yang cuba ditampilkan.

Selain menyediakan persekitaran hijau, berkebun dengan menanam sayur-sayuran adalah alternatif terbaik buat warga kota. Selain dapat menyediakan sendiri bekalan sayuran untuk masakan, ia secara tidak langsung menjimatkan kos barang dapur yang semakin menjerat saban hari. Jika anda baru ingin berjinak-jinak menanam sayur, ini apa yang perlu anda ikuti dan lakukan.

Enam perkara ini perlu dikenal pasti sebelum sayur mula ditanam.

  1. Lokasi

Pastikan ruang yang bakal diletakkan pasu menerima pengamatan cahaya mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan tanaman yang bersesuaian dengan persekitaran ruang tersebut. Ia merupakan salah satu langkah penting untuk memastikan sayur yang ditanam membesar dan mengeluarkan hasil yang optimum. Selain itu juga, pastikan lokasi yang telah dipilih mempunyai sumber air yang berhampiran bagi memudahkan anda melakukan penyiraman.

  1. Jenis tanaman

Setelah mengenal pasti lokasi, langkah seterusnya adalah menentukan tanaman yang bersesuaian dengan pengamatan cahaya yang diterima di kawasan tersebut. Setiap jenis tanaman memerlukan kadar penjagaan yang berbeza. Untuk permulaan, anda digalakkan untuk menanam bayam dan kangkung kerana ia amat mudah ditanam dan cepat dituai. Jika kelihatan bayam atau kangkung yang ditanam memanjang dan tidak berdaun lebat, ini menunjukkan kawasan tersebut kurang penerimaan cahaya.

  1. Bekas tanaman

Perkara utama yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan bekas tanaman adalah sistem pengairan. Pastikan bekas yang dipilih mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan lebihan air siraman kerana akar tumbuhan berpasu tidak tahan kepada masalah air bertakung. Ia antara punca utama yang menyebabkan tumbuhan mati. Selain itu, pilih saiz bekas mengikut keperluan tumbuhan apabila sampai usia matang. Ia penting bagi mengelakkan masalah kepadatan akar atau pokok di dalam bekas yang bakal ditanam kelak.

  1. Pembajaan

Pastikan pembajaan dilakukan secara berkala. Untuk bekas tanaman yang perlu menjalani proses tanaman semula, gaulkan medium tanaman berpasu dengan baja kerana keperluan nutrien sedia ada telah berkurangan. Anda digalakkan untuk menggunakan baja organik atau sediakan sendiri baja kompos dari sisa buangan dapur.

  1. Medium tanaman pasu

Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai sistem saliran yang baik untuk tanaman berpasu. Penggunaan medium kompos seperti dari sabut kelapa amat disarankan kerana selain berfungsi sebagai medium tanaman ia juga berupaya membekalkan sumber nutrien kepada tumbuhan.

  1. Penyiraman

Kenal pasti kadar penyiraman yang diperlukan oleh tumbuhan sebelum ditanam. Susun atau letakkan tumbuhan anda mengikut kategori keperluan siraman untuk memudahkan penyelenggaraan. Kebiasaannya sayuran berbatang lembut seperti kangkung dan bayam memerlukan air yang banyak. Oleh itu, pastikan penyiraman dilakukan secara berkala mengikut keperluan tumbuhan.

Untuk Newbie Wajib Lakukan 6 Perkara Mudah Ini Sebelum Mula Tanam Sayur 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo