Artikel Terkini

‘Ustaz Nizam’ mengaku bersalah pindah wang hasil aktiviti haram

‘Ustaz Nizam’ mengaku bersalah pindah wang hasil aktiviti haram
'Ustaz Nizam' mengaku bersalah pindah wang hasil aktiviti haram 1

KOTA TINGGI – Seorang pengarah syarikat pelancongan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas empat pertuduhan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram bernilai RM295,550.

Tertuduh Mohd Nizam Noh, 49 yang digelar sebagai ‘Ustaz Nizam’ membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Norsiah Ujang.

Mengikut pertuduhan pertama, pada 17 Mac 2019 dan 19 September 2019 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Sungai Rengit tertuduh telah memindahkan wang berjumlah RM184,100 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa milik Massnizam Group Travel & Tour Sdn Bhd dimana ketika itu tertuduh merupakan pengarah syarikat itu telah memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya sendiri.

Bagi pertuduhan kedua pula pada 11 November 2019 dan 13 November 2019 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kota Tinggi, bapa kepada tujuh orang anak itu didakwa telah memindahkan wang berjumlah RM50,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dari akaun Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd juga ke dalam akaunnya sendiri.

Sementara pertuduhan ketiga tertuduh pada 12 April 2019 di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Kota Tinggi telah memindahkan wang berjumlah RM17,450 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dari akaun Tetuan Massnizam ke dalam akaun semasa milik Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd.

Manakala pertuduhan keempat pula, tertuduh yang mempunyai dua orang isteri pada tarikh 15 Oktober 2019 dan 12 November 2019 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kota Tinggi telah memindahkan wang berjumlah RM44,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd ke akaun simpanan milik isteri kedua Massuzah Zakaria, 47.

Bagi semua pertuduhan tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dibawah perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Dimana tertuduh juga boleh dihukum dibawah subseksyen 4(1) Akta yang sama dibaca bersama subseksyen 87 (1)(a) Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni meminta mahkamah untuk menetapkan tarikh lain untuk penyediaan dokumen-dokumen berkaitan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

Norazihah turut mencadangkan wang jaminan sebanyak RM50,000 ke atas tertuduh ekoran kesalahan yang dilakukan melibatkan jenayah berat iaitu pengubahan wang haram.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak mampu.

Norsiah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM40,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada pihak mahkamah.

Beliau juga menetapkan 28 September depan sebagai tarikh untuk fakta dan hukuman.

Difahamkan tertuduh ditahan semalam di Terengganu selepas disyaki terlibat kes penipuan pakej umrah melibatkan Syarikat Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd yang membabitkan 104 mangsa di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dengan jumlah kerugian sebanyak RM3.28 juta. – KOSMO! ONLINE


'Ustaz Nizam' mengaku bersalah pindah wang hasil aktiviti haram 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list