Berita

Vaksin bukan ‘pasport’ melancong | Harian Metro

Vaksin bukan 'pasport' melancong | Harian Metro 1

Vaksin bukan 'pasport' melancong | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan menggunakan vaksin bagi mencegah penularan Covid-19 pada Mac ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, namun ia bergantung kepada secepat mana syarikat berkenaan memberi respon kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berhubung persoalan dan isu yang diutarakan.

“Setakat ini hanya satu syarikat sudah menghantar permohonan dos kepada NPRA, kita jangkakan kelulusan vaksin adalah pada akhir Februari ini dan digunakan pada Mac.

“Keutamaan penggunaan vaksin adalah kepada pekerja barisan hadapan dan pekerja kesihatan, KKM juga kini sedang melihat prosedur operasi standard (SOP) vaksin terbabit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, vaksin adalah bukan pasport imuniti yang membolehkan individu untuk melancong selepas pengambilannya.

“Ia bermaksud jika seseorang sudah divaksin dia boleh ke mana-mana, kita masih melihat terutama dari segi keselamatan penggunaan mungkin dalam tempoh empat hingga enam bulan kita dapat lihat hasilnya,” katanya.

Mengulas berhubung kluster yang dikesan, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lima kluster dikesan akibat aktiviti rentas daerah atau negeri dan sembilan kluster adalah disebabkan kegiatan aktiviti sosial.

“Kluster itu dikesan di Pahang, Perak, Sabah dan Kelantan. Jadi kita menasihatkan kepada orang ramai supaya mengamalkan amalan norma baharu,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Vaksin bukan 'pasport' melancong | Harian Metro 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo