Berita

Vaksin Covid-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia

Vaksin Covid-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia 2

Sepang: Malaysia hari ini menerima vaksin Covid-19 keluaran Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH319.

Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotainer mengandungi vaksin Covid-19 dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter itu, mendarat pada kira-kira 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Vaksin Covid-19 yang dibangunkan firma farmaseutikal China, Sinovac itu diangkut menggunakan pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) iaitu pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo, boleh diproses menjadi lebih 300,000 dos untuk keperluan Malaysia.

Ketibaan pesawat itu disambut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut serta Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Pesawat yang menggunakan kod MH318 berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 7.05 malam semalam (Jumaat) untuk mengambil vaksin berkenaan.

Sebaik pintu kargo pesawat dibuka, envirotainer iaitu bekas khas yang mengandungi vaksin jenis Sinovac dan berkemampuan mengekalkan suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius itu dibawa turun menggunakan ‘jumbo container pallet loader’ sebelum dipindahkan ke ‘dolly’ dan dibawa ke kawasan i-Secure.

Ouyang kemudiannya menyerahkan satu kotak putih yang secara simboliknya mengandungi vaksin jenis Sinovac kepada Ismail Sabri.

Sejurus acara simbolik itu, envirotainer itu diperiksa pasukan pengendalian vaksin MASkargo untuk dipastikan bekas itu masih dalam suhu yang ditetapkan selain perlu memastikan tiada kerosakan berlaku kepada bekas seperti kemek dan bocor.

Selesai pemeriksaan, envirotainer itu dipindahkan ke lori trak syarikat Pharmaniaga dengan diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi penyimpanan vaksin yang ditetapkan.

Perjalanan vaksin Sinovac dari kilang Sinovac di Beijing diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Pada 13 Januari lalu, Pharmaniaga mengumumkan menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin Covid-19.

Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter pada 19 Februari dipetik berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) masih dalam proses menilai data klinikal Sinovac.

Vaksin Sinovac sudah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia.

Pada Ahad 21 Februari lalu, Malaysia menerima vaksin Covid-19 yang pertama dari jenis Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos dan KLIA adalah antara pintu masuk utama kedatangan vaksin berkenaan, selain Johor dan Pulau Pinang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu terawal yang menerima suntikan vaksin berkenaan, Rabu lalu sekali gus menandakan bermulanya PICK.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April membabitkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

Vaksin Covid-19 keluaran Sinovac tiba di Malaysia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo