Infotainment

“Vaksin Tak Wajib, Jangan Ada Double Standard”

“Vaksin Tak Wajib, Jangan Ada Double Standard”
"Vaksin Tak Wajib, Jangan Ada Double Standard" 1

Sejak program vaksinasi Covid-19 dijalankan di Malaysia, hangat diperkatakan mengenai keputusan segelintir pihak yang tidak mahu menerima suntikan vaksin.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Oktovia Manrose yang berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan masing-masing sama ada untuk divaksin atau tidak.

BACA: 8 Tahun Menjanda, Oktovia Manrose Tak Menggelupur Cari Suami

Menurut Oktovia, dia berharap jangan ada diskriminasi buat mereka yang memilih untuk tidak divaksin. Ujarnya, vaksin bukan penentu seseorang itu sihat.

Difahamkan, Oktovia meninggalkan komen tersebut di Instagram mStar mengenai berita hangat mengenai pasangan suami isteri berjaya dine-in di restoran meskipun tidak mempunyai vaksinasi lengkap.

"Vaksin Tak Wajib, Jangan Ada Double Standard" 2

“Alhamdulillah Allah bagi mudah, semoga kita semua dapat hak masing-masing. Vaskin atau tidak divaksin kita ada hak untuk teruskan hidup macam biasa, jangan ada double standard.

“Maksud double standard itu daripada kita sesama sendiri, janganlah sampai berpecah belah kerana ada yang tak divaksin. Dia ada alasan sendiri kenapa tak nak vaksin dan kita kena hormat keputusan masing-masing,” katanya.

"Vaksin Tak Wajib, Jangan Ada Double Standard" 3

Dalam pada itu, Oktovia turut menegaskan pendapatnya itu bukan bermaksud dia menyokong golongan anti vaksin tetapi hanya mahu orang ramai lebih terbuka menerima pendapat orang lain. Kata Oktovia lagi, dia juga berjangkit daripada orang yang lengkap divaksin dan sudah pun selesai kuarantin.

“Anti vaksin hanya untuk orang yang hasut untuk tidak divaksin, adakah saya mengajak orang untuk tidak ambil vaksin? Tidakkan? Baca balik komen tu. Sekali lagi saya cakap vaksin tidak wajib, be open sikit.

“Kita semua sama-sama tawakal pada Allah. Vaksin atau tak semua berusaha tawakal pada Allah. Saya pun berusaha juga tapi vaksin satu pilihan dan tidak wajib,” katanya.


"Vaksin Tak Wajib, Jangan Ada Double Standard" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo