Infotainment

[VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan

[VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan
[VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan 1

[VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan 2

Selebriti terkenal Neelofa terkenal dengan sikapnya yang suka mencari dan mendalami ilmu. Tidak hairan la, kisah penghijrahan Neelofa sering menjadi contoh dan inspirasi kepada individu yang ingin berubah ke arah kebaikan.

Artikel Berkaitan: Neelofa Tak Lekang Dengan Majlis Ilmu, Syukur Ramai Rakan Artis Sertai

Artikel Berkaitan: Masih ‘Laku’ Dengan Jenama Antarabangsa, Neelofa Syukur Niqab Jadi Ruang Dakwah

Kena paksa diri

@inr._____ #festivalsunnah #fyp #xyzbca #neelofa #istiqomah #festivalsunnah2022 #fyp? #neelofaharis ? original sound – irshanorsalwani – Ir’s??

Ketika menghadiri Festival Sunnah 2022 di Kedah pada minggu lalu, Neelofa, 33, menjawab soalan mengenai istiqamah yang dilakukan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Menurut pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia menyatakan caranya untuk kekal istiqamah dalam agama adalah dengan paksaan. Akui bekas hos program MeleTOP, untuk kekal beristiqamah dalam urusan agama bukan satu perkara yang mudah.

Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah adalah paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.

Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati.

Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!

Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu.

Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung.

Sokongan suami

[VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan 3

Dalam pada itu, usahawan terkenal memberitahu beliau juga mendapat sokongan dan dorongan daripada suami tercinta pendakwah bebas, Haris Ismail dan rakan terdekat.

Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna itu is another story. Saya bukan la orang yang tepat nak bagitahu, tapi kalau sekadar pengalaman itulah.

Maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya itu tapi yang banyak membantu juga adalah teman-teman dan pasangan.

Pada tahun 2020, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber: TikTok @inr._____

[VIDEO] Neelofa Akui Susah Untuk Kekal Istiqamah, Kena Guna Cara Paksaan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo