Infotainment

[VIDEO]’Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf’ – BCL Kongsi ‘Love Story’ Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta

[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 1

[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 2

Kini Trending

[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 3

Pemergian mengejut Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada 18 Februari tahun lalu, ternyata masih dirasai oleh semua terutama isteri dan anaknya. Sebagai ibu, Bunga Citra Lestari cuba bangkit dan menjadi kuat demi anaknya Noah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ’12 Tahun Terindah’ Pengubat Rindu Bunga Buat Arwah Ashraf Sinclair

Artikel berkaitan: ‘Sejujurnya Masih Belum Bisa..’- Terima Ucapan Hari Lahir, BCL Akui Masih Bersedih Kehilangan Suami

Terbaru, Bunga berkongsi kisah ‘Love Story’ sewaktu bersama arwah Ashraf dan bagaimana dia melangkah hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran suami tercinta di sisi.

[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 4

Menerusi temu bual bersama pelakon terkenal Indonesia, Daniel Mananta, Bunga berkongsi tentang kehidupannya terlebih dahulu sebelum kehadiran Ashraf. Menurutnya, dia seorang anak kecil yang hidup berpindah-randah dan sukar untuk mempunyai rakan. Ini kerana, dia mengikut kedua ibu bapanya yang mempunyai urusan kerja di tempat yang berbeza-beza. Tambah Bunga, dia tidak seperti kanak-kanak yang lain dan terpaksa berjumpa dengan pelbagai orang daripada pelbagai latar belakang termasuklah budaya. Meskipun sudah menceburi bidang nyanyian, Bunga masih meluahkan rasa ’empty’ sehinggalah dia bertemu dengan Ashraf.

Ujar Bunga, Ashraf seorang lelaki yang mudah memahaminya dan bukan semua lelaki mampu menjadi seperti Ashraf. Bunga turut memberitahu bahawa Ashraf mampu melihat sisi kekuatannya pada masa yang sama, bisa mencintainya apabila dalam situasi yang lemah.

Saya anak pertama dan kena lindungi keluarga. Jadi saya perlukan pasangan hidup yang sama iaitu pandai berdikari. Arwah sangat menghargai setiap pengorbanan saya. Malah, dia sentiasa ada untuk saya. Saya tak perlu nak jaga ego Ashraf sebab kami memang ditakdirkan sepadan dan Ashraf merupakan pilihan yang terbaik buat saya.  Saya rasa jadi diri sendiri bila bersama dia. Ashraf seorang ‘fighter’. Dia akan berjuang untuk hidupnya dan orang yang dia sayang. Di sisi lemah, dia seorang yang mempunyai perasaan mudah simpati terhadap orang di sekitarnya dan ternyata kedua-dua ciri Ashraf itu sama dengan saya. Satu perkara lagi, saya suka cara dia atasi sesuatu masalah dan ‘sense’ yang dia punya.

Cara ibu bapa Ashraf yang romatik, sering bersama dan meluangkan masa untuk berbincang membuatkan Bunga yakin Ashraf bakal jadi suami yang terbaik. Jelas Bunga lagi, dia yakin Ashraf bakal mengikut jejak langkah ayah dan ibunya selepas mereka berkahwin. Bunga turut memberikan contoh di mana, bapa mentuanya sering membuka pintu kereta untuknya apabila mereka keluar bersama. Perkara tersebut membuatkan Bunga sangat tersentuh dan percaya bahawa keluarga Ashraf merupakan keluarga yang baik dan mempunyai kualiti tersendiri.

[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 5

Saya tak pernah fikir hidup tanpa Ashraf walaupun dia pergi pun bukan dengan ketentuan saya. Apa yang boleh saya cakap, selepas kahwin, Ashraf selalu mencari masa untuk meluangkan masa bersama saya dan Noah. Pengorbanan yang dia lakukan itu sungguh luar biasa terutama apabila saya tengok kehidupan pasangan suami isteri yang lain selepas arwah meninggal dunia. Ashraf selalu memudahkan keadaan. Kalau saya sedar dari awal, sudah tentu saya akan memberikan pujian yang lebih buat arwah.

Mengulas mengenai detik percutian terakhir mereka sekeluarga, Bunga memberitahu dia, Noah dan Ashraf sempat bercuti di Melbourne dan Bali. Mereka memilih untuk menyambut tahun baru di luar negara dan ingin merasai pengalaman menaiki belon panas di negara berkenaan. Jelasnya, dia dan Noah sangat gayat pada waktu itu. Demi permintaan Ashraf, mereka bertiga akhirnya berjaya naik ke atas dan merakam beberapa foto serta memori indah bersama.

Mengenai percutian di New York, Bunga menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan kerja di sana. Pada awalnya, hanya dia dan beberapa orang rakan termasuk ‘Team Bunga’ sahaja yang akan pergi. Oleh kerana risau tiada siapa yang akan menguruskannya apabila tiba di sana, dia mengajak Ashraf untuk turut serta. Memandangkan Ashraf juga teringin melakukan ‘diving’ di sana. Itulah momen percutian yang terakhir buat mereka ujar Bunga.

Pada hari Ashraf meninggal, saya baru pulang dari kerja dan masih menguruskan hal kerja yang lain sehingga waktu pagi. Sewaktu saya bawa Ashraf pergi ke rumah sakit bersama Noah, saya dah tahu Ashraf mungkin sudah tiada lagi. Namun, Noah berkata mungkin doktor boleh tolong dan merawat ayahnya. Noah hanya mampu duduk dan tidak mahu melihat wajah ayahnya pada waktu itu. Saya pula dah ready dan tahu dia sudah meninggal. Saya cuma perlu fikir nak uruskan Noah sebab dia sedih dan tahu ayahnya sudah tiada. Saya jelaskan kepada Noah yang saya tak mampu buat apa-apa dan doktor sudah mencuba sedaya upaya. Paling saya terkejut ayat Noah pada waktu itu, siapa yang akan teman mummy nanti bila daddy tak ada?. Noah juga tidak sangka ayahnya akan pergi ketika usianya masih kecil.

Bunga turut meluahkan perasaan kecewa kerana tidak meluangkan sepenuh masa bersama keluarganya terutama di saat-saat akhir Ashraf hendak pergi buat selamanya. Tambahnya, dia tidak menyangka semua ini berlaku dalam sekelip mata. Kehilangan Ashraf merupakan satu tamparan yang hebat buatnya dan dia mengambil masa yang agak lama untuk pulih daripada kehilangan tersebut. Bunga memberitahu dia tidak sedar langsung sepanjang proses pengebumian arwah Ashraf dan kebanyakannya diuruskan oleh keluarga dan rakan-rakan. Selepas seminggu Ashraf pergi dan pandmeik Covid-19 mula berlaku, Bunga baru merasakan kehilangan tersebut. Dia juga berasa sakit di bahagian dada dan sukar untuk bernafas. Oleh itu, dia terus berjumpa dengan doktor dan menghentikan kesemua urusan kerjanya. Bunga banyak menghabiskan hari-harinya dengan membaca buku dan mencari kekuatan untuk membesarkan Noah secara sendiri.

Saya pernah cakap terfikir kalau saya meninggal siapa yang mahu menjaga Noah. Dahulu saya pernah terdetik kalau saya pergi dulu, saya yakin Ashraf akan jaga dan sayang Noah dengan baik sekali. Saya tahu dia mampu membuat Noah bahagia. Kini, saya perlu mencari kekuatan supaya mampu menjadi insan yang kuat buat Noah.

Di akhir temu bual tersebut, Bunga memberitahu dia sedih melihat Noah kerana tidak mempunyai ayah pada usia yang masih kecil. Jelasnya, dia masih mempunyai ibu dan bapa kandung namun, anaknya itu tidak mempunyai ayah. Bunga turut menjelaskan bahawa dia sukar untuk mencari pengganti Ashraf yang mampu membahagiakan Noah. Ini kerana, Ashraf merupakan ayah terbaik.

Kini, Bunga memberitahu bahawa dia meluahkan segala isi hatinya menerusi sebuah buku yang diberikan oleh arwah Ashraf. Menurutnya, arwah Ashraf pernah berpesan supaya dia menulis dan merancang kehidupan pada masa akan datang. Ujar Bunga, menerusi penulisan tersebut dia bakal mendapatkan kekuatan seperti mana yang dilakukan oleh arwah suaminya sebelum ini. Bunga turut berkongsi bahawa dia pernah menerima sebuah buku bewarna merah daripada Ashraf sebelum mereka berkahwin. Buku tersebut mengandungi semua kisah mengenai Ashraf sehinggalah mereka bertemu. Bunga juga tidak sangka, buku yang diberikan oleh arwah suaminya itu merupakan hadiah yang terakhir sepanjang mereka bersama.

Sumber: Bunga Citra Lestari

The following two tabs change content below.

[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 6

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 6



[VIDEO]'Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf' – BCL Kongsi 'Love Story' Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo