Artikel Terkini

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya
Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 1

Jika ke Subang Jaya sudah pasti semua tahu kawasan perumahan di sini semuanya sudah menjadi sebuah kawasan yang matang dari segi penduduk mahupun komersial. IMPIANA tertarik dengan sentuhan magis J-House by Design Collective Architects ini. Jika anda perhatikan dengan teliti rekaan yang diberikan untuk rumah teres lama ini di luar kotak fikiran.

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 2
Rumah lama yang terletak di Subang Jaya
Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 3
Courtyard, dengan binaan laman mini.

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 4

 

Karya seni yang mengabungkan sifat dalam ciri moden dan alam ini membuatkan rumah ini benar-benar mendapat nafas baru berbanding dengan rumah disekitarnya. Pemilihan warna putih membuatkan rumah ini nampak menyerlah dan menonjol dalam seni bina dan sentuhan nafas baru kali ini. Walaupun fasad asal rumah ini langsung tidak di sentuh tetapi ia cukup memberi impak dalam pengubahsuaian kali ini.

Di dalam rumah ini, salah satu perkara yang akan menarik perhatian anda adalah vertical garen persendirian; yang menjanjikan untuk membawa beberapa tanaman hijau segar yang sangat diperlukan dalam rumah. Terdapat juga sebidang rumput di kawasan luar yang hanya dapat diakses dari dalam rumah; jadi anda boleh mengadakan pesta di laman persendirian sebanyak yang anda mahukan dalam privasi rumah anda.

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 5 Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 6 Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 7 Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 8

Tema putih sudah menjadi pilihan utama dalam kediaman ini. Manakala hiasan rumah yang lain juga di pilih dalam tema putih yang diselangi warna gelap seperti meja makan slab kayu yang menjadi dambaan ramai. Unsur organik juga dititik beratkan dalam perincian rumah ini. Jika diperhatikan dalam ruang tamu yang mengenakan set sofa kelabu ini memberi elemen kontras di situ. Bijak dan cantik bukan.

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 9
Dari sisi pandangan atas

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 10 Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 11 Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 12 Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 13

Penggunaan konsep ruang terbuka dengan mengenakan tingkap secara bukaan luas yang membolehkan cahaya semula jadi menembusi kediaman dan memberi rasa segar dan lapang serta luas untuk saiz pembukaan rumah ini. Rumah lama kan … bukaan sudah pasti tidak terlalu besar. Pereka juga bijak memastikan bahawa sentuhan yang diberikan membuatkan rumah kelihatan lebih luas dengan siling tinggi; ia memberikan penampilan seperti loteng yang agak unik dalam rekaan dalam rumah ini. Sekiranya anda melihat ke atas, anda dapat melihat bahawa terdapat jubin atap akrilik yang memberi anda pemandangan langit luar yang agak menawan juga.

Jangan risau jika anda berada di tingkat atas dan ingin menikmati vertical garden juga mempunyai ruang kosong yang membolehkan penghuni bersantai dan melihat taman dan ruang tamu di bawah. Ruang teres luar untuk gaya santai harian ini dapat digunakan untuk aktiviti bersosial dan pereka juga memastikan ruang rumah ini tidak menerima panas yang berlebihan.

Kredit Gambar : J-House by Design Collective Architects

Baca Artikel berkaitan: Cikgu “Makeover” Interior Flat Jadi Cantik

Sertai WORKSHOP IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-impiana-smart-watering-system/

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 14

 

Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA

https://t.me/GENGLAMANIMPIANA

Wajah Baru! Rumah Teres Lama Dengan Vertical Garden Di Subang Jaya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo