Infotainment

Wajah, Tangan & Sifat Manja Uwais Sama Seperti Arwah Siti Sarah – Raisuddin Hamzah

Wajah, Tangan & Sifat Manja Uwais Sama Seperti Arwah Siti Sarah – Raisuddin Hamzah
Wajah, Tangan & Sifat Manja Uwais Sama Seperti Arwah Siti Sarah – Raisuddin Hamzah 1

Wajah, Tangan & Sifat Manja Uwais Sama Seperti Arwah Siti Sarah – Raisuddin Hamzah

Bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Hamzah bersyukur apabila dapat menjaga anak sulung arwah iaitu Uwais Alqarni, 10, bagi mengubat kerinduan. Menurut Raisuddin, Uwais mempunyai perwatakan dan raut wajah yang hampir sama dengan arwah.

Artikel berkaitan: Baju Terakhir Siti Sarah Jadi Pengubat Rindu, Shuib Batal Hasrat Nak Ubah Suai Rumah

Artikel Berkaitan: Sedar Netizen Tak Puas Hati Borak Bab Kahwin, Shuib Dengar Kata Keluarga – ‘Jika Saya Menangis Di Rumah Bukannya Mereka Datang’

Selalu tidur dengan saya

Wajah, Tangan & Sifat Manja Uwais Sama Seperti Arwah Siti Sarah – Raisuddin Hamzah 3

Saya memang menjaga Uwais dan dia sama seperti arwah Sarah. Uwais selalu tidur dengan saya sejak kecil sehinggalah ke hari ini. Dengan keberadaannya di rumah dapatlah mengubat kerinduan terhadap arwah.

Ujar Raisuddin, fizikal Uwais terutama wajah dan tangannya sama seperti arwah Sarah. Bukan itu sahaja, sifat manja Uwais juga saling tidak tumpah seperti ibunya. Dalam kesedihan, Raisuddin bersyukur kerana ada seorang pengganti yang memiliki sifat sama seperti Sarah.

Mengimbas semula kenangan bersama arwah, Raisuddin tidak menyangka sentuhan terakhir anaknya itu sebelum keluar untuk mendapatkan rawatan di hospital adalah kenangan terakhir mereka. Lebih menyedihkan, Raisuddin tidak dapat menghadiri pengebumian anaknya itu kerana turut dijangkiti Covid-19.

Sebelum arwah ke hospital, kami tidak bercakap. Dia hanya pegang tangan saya ketika saya sedang duduk di sofa. Kami tidak saling memandang namun saya tahu itu adalah tangan arwah. Ada juga rasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk bercakap kerana yakin dia akan kembali. Saya juga tidak sangka sentuhan itu adalah yang terakhir buat kami. Dia pergi buat selamanya selepas keluar dari rumah itu.

Wajah, Tangan & Sifat Manja Uwais Sama Seperti Arwah Siti Sarah – Raisuddin Hamzah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list