Artikel Terkini

Wales, Amerika Syarikat ‘sama liat’

Wales, Amerika Syarikat ‘sama liat’
Wales, Amerika Syarikat 'sama liat' 1

DOHA – Pasukan Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata selepas meraih keputusan seri 1-1 pada aksi pertama peringkat Kumpulan B bertemu wakil Eropah, Wales sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Al Rayyan itu, AS yang dikendalikan oleh Gregg Belhalter membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi oleh Christian Pulisic dan Timothy Weah.

Pasukan Wales yang bersaing dalam kancah Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun turut meletakkan barisan terkuat dengan kehadiran pemain penting seperti Gareth Bale, Aaron Ramsey dan Daniel James dalam kesebelasan utama.

Skuad Uncle Sam tidak menunggu lama untuk menguji benteng pertahanan Wales apabila rembatan Josh Sargent pada minit ke-9 sedikit tersasar.

Dominasi penuh AS pada awal saingan akhirnya membuahkan hasil apabila Weah meledak gol hasil serangan balas pantas selepas menerima hantaran daripada Pulisic pada minit ke-36.

Bersambung pada babak kedua, Wales membuat rombakan dalam skuad utama dengan memasukkan penyerang Bournemouth, Kieffer Moore untuk digantikan dengan James bagi memantapkan jentera serangan yang dilihat tumpul pada 45 pertama.

Perubahan taktikal yang dilakukan oleh pengendali Wales, Rob Page juga telah menyaksikan AS beraksi lebih bertahan dengan pasukan Dragons banyak melakukan serangan berbanding apa yang dilalui pada separuh masa sebelum ini.

Wales hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-64 tetapi tandukan Ben Davies berjaya diselematkan selepas menerima hantaran daripada Bale hasil daripada gerakan set-piece.

Moore turut mempunyai peluang berselang seminit kemudian tetapi tandukan yang dilakukannya hasil daripada sepakan penjuru tersasar.

Gol yang dicari Wales akhirnya tiba selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan AS, Walker Zimmerman melakukan terjahan ke atas Bale pada minit ke-83.

Kesempatan tersebut tidak disiakan Bale untuk meledak gol pertamanya pada kempen Piala Dunia kali ini dengan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE


Wales, Amerika Syarikat 'sama liat' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo