Infotainment

‘Wang Saman Akan Dipulangkan Kepada Orang Ramai’

‘Wang Saman Akan Dipulangkan Kepada Orang Ramai’
'Wang Saman Akan Dipulangkan Kepada Orang Ramai' 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengumumkan di laman Twitter miliknya bahawa beliau bersedia untuk menggunakan wang diperolehinya hasil kemenangan dalam kes saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk orang ramai. Dalam satu ciapan pendek, beliau menyatakan bahawa wang tersebut akan ‘dipulangkan’ kepada orang ramai.

“Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan saya menang kes saman yg dibawa NFC terhadap saya.

“Siri kes NFC bermula tahun 2011 & berlarutan hingga 2022. Ada 3 kes terhadap saya, saya menang semuanya.

“Wang saman akan dipulangkan kpd org ramai dlm bentuk biasiswa & bantuan kecil,” katanya.

Menurut Free Malaysia Today, Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk memihak kepada Rafizi Ramli dalam saman fitnah yang dibawa oleh NFCorp dan pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berhubung kenyataan bekas ahli parlimen itu berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed hari ini menyimpulkan bahawa perayu gagal membuktikan niat jahat di pihak responden (Rafizi) dan responden berjaya membangkitkan pembelaan komen berpatutan untuk mengalahkan saman itu.

“Sehubungan itu, perlu ditegaskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan nyata bahawa responden (Rafizi) tidak bermotifkan niat jahat dalam membuat kenyataan.

“Dengan berbuat demikian, Mahkamah Tinggi menjelaskan bahawa, untuk memetik ‘walaupun responden tidak mengambil berat tentang kesan kenyataannya terhadap perayu, namun dia mempunyai kepercayaan yang jujur, pertama, bahawa dakwaannya adalah benar dan kedua, dia menjalankan tugas awam dalam memperjuangkan akauntabiliti dana awam yang lebih besar’,” kata Azahar.

Rafizi yang diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh turut dianugerahkan kos RM70,000 manakala NFCorp dan Salleh diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Saman fitnah yang difailkan oleh Mohamad Salleh dan NFCorp pada 2013 terhadap Mohd Rafizi adalah berhubung kenyataannya (Rafizi) yang dibuat pada 7 Mac 2012 pada sidang media di pejabat PKR mengenai pembelian KL Eco City Properties yang diterbitkan oleh Malaysiakini .

Bekas naib presiden PKR itu mendakwa Mohamad Salleh dan NFCorp telah menggunakan pinjaman kerajaan RM71 juta sebagai cagaran untuk membeli hartanah di KL Eco City.

Pada 2016, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rafizi membayar ganti rugi RM150,000, selepas bertanggungjawab memfitnah Mohamad Salleh.

Mahkamah Rayuan pada Mei 2019 bagaimanapun bersetuju dengan rayuan Rafizi dan mengetepikan keputusan mahkamah rendah. Ia mengarahkan wang RM150,000 yang dibayar Rafizi kepada Mohamad Salleh dipulangkan dan juga memberikan kos RM110,000 kepada Rafizi.

‘Surat letak jawatan terbaik yang saya pernah dapat’ – Rafizi Ramli kongsi tips berhenti kerja. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Surat Letak Jawatan Terbaik Yang Pernah Saya Dapat’ – Rafizi Ramli Kongsi Tips Berhenti Kerja

Dakwa Orang Utan Bunuh Manusia, Ucapan Zuraida Undang Kecaman Netizen

Polis Rampas Toyota Camry Setelah Bekas Exco Melaka Enggan Pulangkan


'Wang Saman Akan Dipulangkan Kepada Orang Ramai' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list