Berita

Wani Kayrie tak setuju netizen perlekeh guru

Wani Kayrie tak setuju netizen perlekeh guru 2

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie, 21, tidak setuju dengan tindakan netizen memperlekeh golongan pendidik yang tampil mengajar dalam saluran TV pendidikan, Didik TV Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berkata, mereka sepatutnya dihormati walaupun cara penyampaian dalam pengajaran mereka ada kekurangan seperti tidak fasih berbahasa Inggeris.

“Guru-guru yang tampil dalam program pendidikan itu adalah pendidik cemerlang dan berkelayakan. Ada yang mungkin kelihatan canggung depan kamera, namun penguasaan terhadap subjek diajar itu tidak boleh dipertikai.

“Saya sedih juga apabila ada netizen yang tergamak mempersenda corak pengajaran mereka termasuk kurang fasih bahasa Inggeris. Tak bolehlah macam itu kerana pendidik itu adalah golongan berkemahiran. Kalau nak menegur, tegurlah dengan berhemah. Bukannya menyindir dan memperlekeh dengan cara yang kurang menyenangkan secara terbuka,” katanya yang turut menjadi hos jemputan program Road to Success SPM Didik TV, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pengalaman terbabit program itu, Wani berkata, dia terharu apabila mendapat reaksi positif daripada penonton.

Namun, dia mengakui agak gementar untuk mengacarakan program itu dalam bahasa Inggeris pada mulanya.

“Saya gementar untuk mengendalikan program itu dalam bahasa Inggeris kerana selalunya saya cuma bertutur dalam bahasa Inggeris sekiranya ada mesyuarat ataupun dalam urusan kerja.

“Alhamdulillah, ramai nampak saya mampu mengendalikan program itu dengan baik,” katanya.

Wani Kayrie tak setuju netizen perlekeh guru 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo