Infotainment

Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua ‘Berat Tulang’, Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah

Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua ‘Berat Tulang’, Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah
Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua 'Berat Tulang', Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah 1

Kini Trending

Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua 'Berat Tulang', Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah 2

Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti akan ‘diuji’ dengan pelbagai ujian sepanjang hidup bersama. Mahu tak mahu, pasangan ini perlu kuat dalam menempuhi bahtera tersebut demi menjamin keharmonian dalam rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Suami Selalu ‘Lari’ Setiap Kali Minta Bayar Duit Rumah, Makanan Pun Beli Asing, Isteri Nekad Fail Cerai

Artikel Berkaitan: Nafkah Isteri RM5 Sebulan, Nak Beli Apa Je?

Artikel Berkaitan: Tak Daftar Nikah Sebab Arwah Suami Bagi Alasan Nak ‘Rahsiakan’, Wanita Hiba Anak Tak Dapat Harta Pusaka

Jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik, penceraian boleh berlaku dan sekali gus memberi kesan mendalam terhadap anak-anak.

Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua 'Berat Tulang', Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah 4

Sekadar gambar hiasan

Seperti rungutan dikongsi seorang wanita menerusi satu hantaran Kisah Rumah Tangga di laman Facebook, tampil menceritakan mengenai karenah ibu mentuanya.

Kisahnya bermula selepas wanita ini selamat melahirkan cahaya mata dan ibu mentuanya mengambil keputusan untuk duduk bersama mereka selepas kematian suami.

Ujar wanita ini lagi, suaminya mempunyai adik-beradik yang ramai namun ibu mentuanya memilih untuk tinggal bersama mereka dan dia (pengadu) akui perkara tersebut membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

Saya jadi tak selesa sangat-sangat bukan sebab apa, tapi disebabkan mak mentua (MIL) saya betul-betul suka sepahkan rumah.

Apa-apa yang dia guna mesti dia sepahkan, lepas makan lepas dia masak untuk dia barang-barang yang dia guna dia tak basuh tak kemas balik. Saya penat sangat-sangat nak buat semua yang dia sepahkan. Anak saya dah lah jenis high demand nak berpegang je nangis-nangis.

Apa yang lebih mengejutkan, ibu mentuanya dipercayai sama sekali tidak pernah membantunya melakukan kerja rumah dan sama sekali tidak memberikan kerjasama membantu membersihkan rumah.

Kadang-kadang saya tak sempat nak masak, nak kemas rumah. Tapi MIL saya buat tak tahu dia sikit tak nak tolong walaupun saya dah minta tolong. Dah lebih 6 tahun saya kahwin dengan suami saya tak pernah tengok MIL saya pegang penyapu kemas rumah pun tak pernah.

Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua 'Berat Tulang', Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah 6

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, ibu mentuanya dikatakan ‘berlagak’ seperti bos dan akan bertanyakan kepada wanita ini jika dia tidak masak walhal si pengadu sedang sibuk menjaga anak kecil.

Lagi satu dia suka panggil anak saya tengah tidur. Dah lah si anak jenis susah nak tidur. Bila terjaga dia tak nak pula main dengan anak saya. 100% rumah ini kerja semua saya buat. Suami pula memang sibuk dan jarang ada dekat rumah. Bila dah masak laju je makan. Tak pernah nak tolong pegangkan anak bila saya nak makan. Hmm saya dah tak tahan dia duduk dengan saya.

Bukan itu sahaja, ibu mentuanya dipercayai bertukar watak selepas anak-anak yang lain pulang ke rumah berkenaan dan wanita ini begitu rajin masak untuk mereka.

Lepas itu yang saya sakit hati, bila adik-beradik suami nak jenguk mak dia. Semua pakat datang rumah saya buat macam rumah sendiri masak-masak dan sepah-sepah.

Nanti saya juga kena kemas. Yang peliknya, rajin pulak MIL tu masak bila anak-anak dia yang lain balik. Bila saya dengan dia, dia buat macam tak ada perasaan duduk je dekat sofa.

Sumber: Kisah Rumah Tangga


Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua 'Berat Tulang', Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah 8

The following two tabs change content below.

Don’t settle for less, always know your worth.


Wanita Dalam Pantang Tertekan Tinggal Dengan Ibu Mentua 'Berat Tulang', Malas Memasak & Tak Tolong Kemas Rumah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list