Infotainment

Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta ‘Clash’

Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta ‘Clash’
Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta 'Clash' 1
February 15th, 2022 | by Hariz

Kini Trending

Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta ‘Clash’

Seorang wanita di Toledo, Ohio, Amerika Syarikat berdepan detik mendebarkan apabila bekas teman lelakinya bertindak agresif mengintai tingkap biliknya pada waktu malam selepas dia memberitahu ingin memutuskan hubungan.

Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta 'Clash' 4

Menerusi rakaman video yang dikongsikan mangsa yang dikenali sebagai Madison di laman Tiktok, wanita itu menggigil ketakutan apabila bekas teman lelakinya bertindak mengintai ke dalam biliknya melalui tingkap dan meminta untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah. Sebelum kejadian, mangsa telahpun dihalau keluar dari rumah dengan bantuan pihak polis.

Menurut kenyataan polis bandar Toledo, pihak mereka menerima panggilan berkenaan satu pergaduhan di sebuah premis pada 23 Januari lalu. Madison pada ketika itu mengunci dirinya di dalam bilik air selepas lelaki itu didakwa mengetuk pintu dengan kuat. Polis kemudian berjaya menghalau lelaki tersebut yang disahkan pesalah seks berdaftar.

Bagaimanapun pada jam 3 pagi, lelaki itu kembali ke rumah tersebut dan mengintai Madison melalui tingkap bilik dan merayu untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah wanita itu dengan alasan dia hanya datang untuk bertanya khabar.

Boleh awak benarkan saya masuk?

Saya keluar dan datang ke sini untuk bertanya khabar awak.

Turut didengari menerusi klip berdurasi 36 saat itu lontaran kata-kata kesat daripada lelaki itu yang berang tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Tambah Madison, dia telah berada di dalam situasi yang sama hampir 2 tahun dan sudah tiba masanya hubungan mereka dihentikan.

Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta 'Clash' 6

Gambar sekadar hiasan

Video tersebut yang tular di Tiktok mendapat perhatian ramai pihak yang prihatin terhadap nasib Madison dan mereka berjaya mengumpul dana melalui ‘GoFundMe’ bagi membolehkan wanita itu membaiki semula tingkap yang rosak, dan memasang sistem penggera keselamatan pada tingkap di rumahnya.

Dalam pada itu, Madison berkata, waran tangkap telahpun dikeluarkan terhadap bekas teman lelakinya dan dia kini sedang menunggu pihak berkuasa menahan lelaki tersebut sebelum membawa kes ini ke mahkamah.

@madmaddie6

When will it end ? time to try and fix my windows. No one deserves this. #narcissist #GiveWithAllYourHeart #RufflesOwnYourRidges

? original sound – Madison ?

Sumber: The Sun


Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta 'Clash' 8

The following two tabs change content below.


Wanita Menggigil Ketakutan Diintai Bekas Teman Lelaki Pada Tengah Malam Selepas Minta 'Clash' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo