Berita

Warna-warni poligami | Harian Metro

Warna-warni poligami | Harian Metro 2

TAMPIL dengan pendekatan berbeza, drama The Maid yang bersiaran sejak 6 Januari lalu sememangnya cukup menarik perhatian. Drama arahan Helmi Yusof dan terbitan Michael Ang terbabit memberi variasi dalam penerbitan drama tempatan.

Mana tidaknya, drama itu dibintangi ramai pelakon utama dalam satu masa. Mereka termasuk Norman Hakim yang melakonkan watak Jay, Sherry Alhadad (Suhana), Datin Paduka Eina Azman (Nadia), Elisa (Mira Filzah), Fika (Ezzaty Abdullah) dan ramai lagi.

Mengangkat isu poligami dalam rumah tangga, semestinya ia bukan isu mudah untuk dijadikan titik fokus. Menetapkan genre komedi thriller, drama itu agak berbeza dengan konsep kisah cinta penuh romantis biasa.

Bagi pelakon, Marsha Milan Londoh, genre itu yang sebenarnya membuatkan dia tertarik untuk menonton drama The Maid. Dia mengakui pendekatan drama itu sebenarnya lain daripada yang lain.

“Jarang sekali kita ada genre komedi thriller dalam sesuatu drama. Selalunya yang sangat ketara adalah genre kisah cinta di mana, saya akui itu adalah pilihan ramai sebab lebih suka tonton cerita sebegitu.

“Saya suka cara Sherry membawakan wataknya yang sangat menyerlah. Semestinya dia mungkin pernah lakonkan karakter serupa, tapi tak tahu, ada sesuatu tarikan yang cukup kuat dalam pembawaannya, sekali gus buat saya melekat nak tonton,” katanya.

Turut menjadi persoalan semestinya pendekatan melonggok pelakon utama yang ramai selain pelakon tambahan dalam drama itu. Bagi sesetengahnya, mungkin pendekatan sebegitu agak padat dan serabut.

WATAK Sherry sebagai Suhana cukup menyerlah.
WATAK Sherry sebagai Suhana cukup menyerlah.

Bagaimanapun, Marsha mengakui dia sebaliknya suka kerana pembabitan ramai pelakon menjadikan variasi itu lebih terasa. Dengan menampilkan ramai pelakon, sekali gus membuatkan sesuatu naskah itu lebih berwarna-warni.

“Kadang-kadang, kita suka tengok warna daripada semua watak yang diberikan tidak semestinya untuk drama The Maid itu saja. Saya suka tengok setiap karakter terutama watak-watak isteri berkenaan.

“Semua ada karakter masing-masing, termasuk juga watak pembantu rumah. Kekuatan karakter mereka jelas dapat dirasa, sekali gus membuatkan setiap pelakon tidak tenggelam,” katanya.

Hal itu turut dipersetujui pengarah tersohor, Osman Ali. Menurutnya, kekuatan menampilkan ramai pelakon dalam satu drama akan memberi penonton peluang menikmati sisi berbeza mereka tanpa rasa bosan.

Hakikatnya, dia mengakui pendekatan sebegitu sudah cukup popular sejak dulu dalam drama terbitan antarabangsa. Bagaimanapun, dia akui cabaran daripada segi bajet mungkin jadi kerisauan.

“Ia adalah pendekatan yang menarik kerana setiap pelakon mempunyai kelainan tersendiri daripada segi lakonan. Justeru, penonton dapat melihat kepelbagaian variasi lakonan dipersembahkan, malah secara tidak langsung penonton akan lebih teruja dan tidak dipaksa menonton pelakon sama.

“Cuma, sudah pastinya bila drama yang meletakkan pelakon utama ramai memerlukan kos lebih besar untuk dihasilkan. Ada banyak filem luar yang berbuat demikian seperti Ocean 11, Ocean 12, Love Actually, Sex and the City, First Wife Club dan lain-lain,” katanya.

Warna-warni poligami | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo