Berita

Westwood jaguh nombor satu Eropah

Westwood jaguh nombor satu Eropah 1

Westwood jaguh nombor satu Eropah 2

Dubai: Pemain Britain, Lee Westwood dinobatkan pemain nombor satu Eropah buat kali ketiga dalam kariernya selepas menduduki tempat kedua di belakang rakan senegara, Matthew Fitzpatrick yang menjuarai penutup musim Jelajah Eropah di Kejohanan Jelajah Dunia DP, semalam.

Westwood memenangi Trofi Harry Vardon selepas menjulangnya kali pertama 20 tahun lalu dengan mencatat 14 bawah par pada pusingan akhir di Jumeirah Golf Estates, Dubai dan mengakhirinya dengan satu pukulan di belakang Fitzpatrick yang mengaut $3 juta (RM12.14 juta) untuk kemenangan itu.

Westwood membawa pulang $2 juta (RM8 juta) selepas mengesahkan tempat teratas carta Race to Dubai manakala pendahulu sebelum ini Patrick Reed terlepas peluang untuk muncul pemain Amerika Syarikat pertama memecah dominasi Eropah apabila menduduki tempat ketiga terikat dengan Viktor Hovland dengan 13-bawah.

“Ia musim pelik. Jelajah Eropah melakukan tugas dengan cemerlang untuk melonjakkan semula musim ini bermula Julai dan mempunyai kejohanan setiap minggu,” kata Westwood yang melakukan lima birdie dan satu bogey.

“Kemuncaknya ada di sini, duduk menyaksikannya. Race to Dubai dan kejohanan ini patut ditonton. Sudah 20 tahun sejak saya beraksi di Valderrama, menjuarai Order of Merit. Ia tidak menjadi semakin mudah dan saya bukan lagi makin muda.”

Westwood berkata dia merindui saingan Piala Ryder yang ditunda ke tahun depan susulan krisis Covid-19.

“Ada ketikanya saya berharap lilitan kapten dapat ditawarkan,” kata Westwood. “Saya sudah beraksi 10 Piala Ryder dan ada masanya saya mahukan kemajuan dalam kehidupan. Jika saya layak, saya akan memberikan yang terbaik dan sedia untuknya.”

Westwood jaguh nombor satu Eropah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo