Artikel Terkini

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu
Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu 1

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu. Bunga ini mempunyai elemen estetika yang tersendiri, walaupun secara realitinya tiada bunga yang mempunyai warna gelap asli. Kebiasaannya, bunga yang digelar ‘bunga hitam’ ialah yang mempunyai rona-rona gelap kehitaman seperti ungu, merah atau coklat. Rona hitam menjadi simbolik kepada kuasa, keanggunan, perpisahan dan ucapan selamat tinggal. Maka, tidak hairanlah sejak dahulu lagi, bunga ini sering menjadi buruan pencinta flora kerana sifatnya yang eksotik. Peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi pula menjadi pemangkin kepada pelbagai jenis hibrid bunga yang hampir berwarna gelap.

Meskipun warna-warni bunga-bungaan dilihat cukup sebagai penghias taman, implementasi bunga-bunga ‘hitam’ sebenarnya mampu menambahkan elemen drama dan misteri kerana warna bunga yang gelap memberikan kontras yang menawan kepada tanaman-tanaman lain yang berwarna cerah, lebih-lebih lagi warna kuning, merah, jingga dan putih. Antara spesis-spesis bunga yang popular ialah:

 

  1. Black Calla Lily (Zantedeschia aethiopica)

Bunga yang berasal dari benua Afrika Selatan ini mendapat jolokan ‘calla’ yang bermaksud      cantik dalam bahasa Greek. Rona maroon dan ungu gelap yang dimiliki calla lily ini       menjadikannya hampir kelihatan seperti warna gelap. Kewujudannya yang nadir berbanding varian berwarna putih menjadikan spesis ini amat dihargai oleh pencinta bunga.

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu 2

  1. Black Tulip (Tulipa)

Bunga tulip hitam ialah spesis bunga hibrid yang memiliki campuran warna ungu, merah wain   atau merah baldu yang hampir kepada hitam. Tulip hitam terbahagi kepada dua kategori iaitu         spesis dan taman. Antara jenis tulip hitam yang banyak ditanam ialah Queen of the Night, Paul Scherer, Ebony Queen, Nearly Black dan Black Parrot.

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu 4

  1. Black hollyhock (Alcea rosea nigra)

Varian hollyhock ini pernah dinyatakan pada 1629 dan ditanam di taman-taman di Monticello oleh Thomas Jefferson. Spesis tradisional ini sememangnya memukau dengan rona hampir gelap dengan sedikit bayangan merah.

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu 6

  1. Petunia

Bunga petunia ‘hitam’ pertama di dunia ini berjaya dibiakkan oleh Ball FlowerPlant hasil      kajian selama empat tahun. Seperti kebanyakan bunga ‘hitam’, ia sebenarnya berwarna ungu gelap yang hampir menyerupai hitam. Lebih dikenali sebagai ‘Black Velvet’, spesis ini mempunyai kelopak yang bertekstur seakan baldu.

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu 8

  1. Hyacinth

Hibrid ‘midnight mystique’ ialah bunga hyacinth hitam yang pertama diperkenalkan pada    tahun 2005, selepas ujian benih selama 16 tahun oleh pakar daripada Thompson and Morgan. Spesis hibrid ini menghasilkan bunga berwarna ungu gelap yang sangat harum.

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu 10

BACA: Tip Bagi Petunia Dalam Pasu Tahan Lebih Lama Dan Berbunga Lebat 

Wujudnya Bunga Berwarna Hitam Di Dunia Ini, Cantik Pula Tu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo