Infotainment

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna!

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna!
Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 1

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna!

Tak kisahlah sama ada bekerja, bermain game, mencipta content atau mengambil gambar, Xiaomi sentiasa terkedepan dalam menawarkan teknologi terbaru yang sangat mengagumkan pada perantinya!

Baru-baru ni juga, Xiaomi telah mengumumkan ketibaan siri telefon pintar terbaru di Malaysia iaitu Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro yang diperkasakan dengan teknologi pemprosesan termaju, sekaligus padat dengan pelbagai ciri untuk menepati citarasa pengguna!

Haa..agak-agak, korang pengguna yang mana satu?

The Executive

Bagi korang yang mempunyai jadual kerja yang padat, korang tentunya perlukan peranti yang dapat memudahkan kehidupan, di samping dapat bergerak seiring dengan hari korang yang sibuk. Betul tak?

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 3

Untuk meningkatkan produktiviti korang, Xiaomi 12 Series dilengkapi dengan platform mudah alih tercanggih Qualcomm, Snapdragon® 8 Gen 1, yang menetapkan bar untuk pengkomputeran generasi akan datang dengan proses teknologi 4nm termaju. Fuiyo!

Bila busy sangat kerja, kadang-kadang nak cas phone pun tak sempat kan. Haa..jangan risau, peranti Xiaomi 12 Series ni memang sesuai untuk korang yang sentiasa nak cepat ke mana-mana kerana ia menawarkan kelajuan dan keselamatan pengecasan yang memang to the next level!

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 4

Xiaomi 12 Pro menampilkan 4,600mAh yang dilengkapi dengan teknologi HyperCharge 120W Xiaomi, manakala Xiaomi 12 pula mempunyai bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan turbo wayarles 67W dan 50W tanpa wayar Xiaomi.

The Creator

Sama ada korang seorang jurugambar profesional, Instafamous atau hanya nak mencantikkan Instagram korang, dah semestinya korang memerlukan sebuah peranti yang dapat merakam gambar dan video dengan cantik dan berkualiti tinggi.

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 5

Say no more! Xiaomi 12 Pro menampilkan susunan kamera 50MP tiga gred Pro dengan telefoto 50MP dan kanta ultra lebar 50MP, manakala Xiaomi 12 menampilkan kamera utama gred Pro 50MP dengan kanta ultra lebar dan telemakro. Perghh..boleh bayang dah macam mana clear dan cantiknya gambar korang nanti!

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 6

Bukan itu je, dengan algoritma AI canggih Xiaomi, korang boleh merakam gambar dan video bak profesional dengan pelbagai effects istimewa dan pilihan kreatif termasuklah, Xiaomi ProFocus, One-click AI cinema dan Ultra Night Video untuk syot waktu malam. 

The Film Buff

Kalau paparan video dah cantik, bunyi dan suara pun kenalah gempak!

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 7

Bagi pembuat video atau filem pendek, Xiaomi 12 Pro hadir dengan pembesar suara quad pertama pada peranti dan dikuasakan dengan SOUND BY Harman Kardon. Xiaomi 12 menampilkan dwi pembesar suara, juga dengan SOUND BY Harman Kardon, manakala pembesar suara quad Xiaomi 12 Pro ini tersedia dalam bentuk dua tweeter dan dua woofer untuk bunyi yang jelas, berkualiti dan menakjubkan!

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 8

Selain itu, Xiaomi 12 Pro juga menawarkan paparan 120HZ AMOLED dinamik WQHD+, manakala Xiaomi 12 hadir dengan paparan AMOLED 120Hz utuk memastikan pengalaman hiburan yang sangat lancar.

The Fashionista

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 9

Siapa yang suka tampil bergaya dan stylo sepanjang masa, korang mesti akan jatuh cinta dengan reka bentuk Xiaomi 12 Series ni. Mana taknya, ia bukan saja berprestasi tinggi, malah datang dalam reka bentuk ikonik serba baharu, bersaiz kompak serta bateri berkapasiti tinggi.

Lebih menarik, paparan 6.73-inci Xiaomi 12 Pro disarung dalam bingkai tengah yang anggun dengan lengkung 3D yang canggih. Sementara itu, paparan 6.28-inci Xiaomi 12 berukuran hanya 69.9mm lebar dan diserikan oleh lengkung yang licin untuk kesesuaian yang sempurna*.

Peranti Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 juga tersedia dalam tiga warna menarik iaitu kelabu, ungu dan biru yang sesuai digayakan ke mana saja.

*Berat produk dan spesifikasi berkaitan adalah nilai teori sahaja. Ukuran sebenar antara produk individu mungkin berbeza-beza. Semua spesifikasi tertakluk kepada produk sebenar.

The Traveller

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 10

Kalau korang jenis yang tak suka nak bawak kamera atau peralatan yang banyak atau berat ketika travel, Xiaomi 12 Series memang untuk korang!

Xiaomi 12 Pro dengan kamera utama 50MP Pro-grade dan paparan 6.73-inci, sementara Xiaomi 12 dengan paparan 6.28-inci berukuran hanya 69.9mm lebar mampu menangkap gambar sinematik menakjubkan sepanjang perjalanan korang!

Haa..amacam? Rasa-rasanya korang tergolong dalam kategori pengguna yang mana satu? Tapi tak kisahlah pengguna yang mana pun, yang penting Xiaomi 12 Series ni memang perform dan terbaik!

Korang dah boleh dapatkan Xiaomi 12 Series sekarang!

Dah pun mula dijual sejak 26 Mac, kini korang boleh dapatkan Xiaomi 12 Series di Kedai Sah Xiaomi, Lazada ataupun Shopee.

Harga pun memang setanding dengan prestasinya!

Xiaomi 12 Pro ( 12GB + 256GB): RM 3,899

Xiaomi 12 (8GB + 256GB): RM 2,999

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 11

Yang lagi best, korang juga berpeluang untuk nikmati servis premium apabila membeli peranti Xiaomi 12 Series ni tau. Antaranya seperti:

  • Upgrade OS Android selama 3 tahun
  • Upgrade keselamatan selama 4 tahun
  • Lanjutan waranti produk 1+1 tahun bernilai RM499
  • Penggantian (1) skrin percuma dalam tempoh 6 bulan selepas pembelian untuk kerosakan di bawah jaminan bernilai RM199
  • Beli Xiaomi Soundbar 3.1ch baharu untuk DISKAUN 50% (RRP: RM 1,499) apabila korang membeli mana-mana peranti di atas dengan penghantaran dari pintu ke pintu 30 hari selepas membuat pesanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xiaomi 

Xiaomi 12 Series Hadir Dengan Teknologi Termaju Untuk Penuhi Citarasa Pengguna! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list