Berita

‘Zaleha mentor politik saya’ | Harian Metro

'Zaleha mentor politik saya' | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: “Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail merupakan mentor saya dalam bidang politik,” kata Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Noh berkata, Allahyarham sentiasa memberikan dorongan serta buah fikiran yang dijadikan panduan oleh beliau untuk menjadi ahli politik berjaya.

“Allahyarham berperwatakan peramah serta lemah lembut dan turut disayangi ramai. Saya juga selalu datang melawat Allahyarham semasa dahulu,” katanya kepada Bernama semasa menziarahi keluarga Allahyarham di sini.

Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail. FOTO Arkib NSTP.
Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail. FOTO Arkib NSTP.

Turut hadir ke kediaman Allahyarham di Taman Perwira, Gombak ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Zaleha ,84, meninggal dunia pada jam 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di sini pada 9 pagi ini untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di sini.

'Zaleha mentor politik saya' | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo