Artikel Terkini

Zaliha galak penyertaan GP, doktor kontrak jaya pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan

Zaliha galak penyertaan GP, doktor kontrak jaya pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Zaliha galak penyertaan GP, doktor kontrak jaya pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan 1

Langkah melanjutkan waktu operasi demi mengurangkan beban petugas kesihatan, selain mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital.

Zaliha galak penyertaan GP, doktor kontrak jaya pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Kementerian Kesihatan mengenalpasti 52 klinik kesihatan di seluruh negara yang memerlukan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata sokongan dan kerjasama itu dapat membantu KKM mengurangkan beban tugas dalam kalangan petugas kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

“Kita (KKM) sudah kenal pasti 52 klinik kesihatan (di seluruh negara) yang memerlukan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat.

“(Kaedah) ini dapat bantu kurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023.

Semalam, KKM dilapor mengumumkan pemanjangan waktu operasi selepas waktu waktu pejabat di 52 klinik kesihatan di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan.

Waktu operasi klinik di Lembah Klang dipanjangkan dari 5 petang hingga 9.30 malam pada Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu, manakala di Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi pada Ahad hingga Khamis ialah 5 petang hingga 9.30 malam, dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu.

Mengenai usaha KKM untuk meningkatkan bilangan pemindahan buah pinggang, beliau berkata KKM akan melaksanakan Pair Kidney Exchange Programme di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

“Kita juga melaksanakan pelbagai program lain untuk menggalakkan lebih ramai penderma termasuk penderma organ yang telah meninggal dunia agar dapat membantu lebih ramai pesakit,” katanya.

Berkongsi bilangan pesakit kronik buah pinggang di Malaysia, beliau berkata, ia meningkat dari 9.7% pada 2011 kepada 15.5% pada 2018.

Zaliha galak penyertaan GP, doktor kontrak jaya pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo