Infotainment

Zarina Anjoulie Cabar Bekas Suami Cerai Talak Tiga

Zarina Anjoulie Cabar Bekas Suami Cerai Talak Tiga 2

Baru sahaja kembali rujuk dua bulan lalu, pelakon Zarina Anjoulie mengesahkan dia dan suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas bercerai buat kali kedua.

Perkara itu dimaklumkan oleh Zarina menerusi Instagram selepas ramai yang bertanyakan mengenai status hubungan mereka.

BACA: Baru Dua Bulan Rujuk, Zarina Anjoulie Sahkan Bercerai Kali Kedua

Dalam pada itu, Zarina turut mendedahkan dia diceraikan melalui Instagram. Tidak hanya setakat itu, Zarina turut mencabar Eilyas untuk menceraikannya dengan talak tiga.

Zarina Anjoulie Cabar Bekas Suami Cerai Talak Tiga 3

“Megah habislah tu ceraikan aku kat Insta. Bro, aku nak kau ceraikan aku talak tiga terus. Kalau kau ada t**** aku nak kau buat ye. Terima kasih, tak nak dah. Kalau boleh aku nak talak tiga terus,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zarina turut meminta bekas suaminya itu untuk memulangkan semula beberapa barangan yang diberikan kepadanya seperti telefon bimbit dan beg jenama mewah, Gucci.

Zarina Anjoulie Cabar Bekas Suami Cerai Talak Tiga 4

“Kau dah ceraikan aku… ha jangan malu-malu la nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu beg, kasut tu… sebab aku bukan sugar mummy kau ya.

“Kau dah boleh pergi beli telefon baru ya aku nak telefon aku balik. Jadi tak salah kalau aku minta telefon genggam aku balik dengan beg Gucci aku balik?” katanya.

Sementara itu, Eilyas menerusi Insta Story turut mendakwa dia tidak pernah menginginkan beg Gucci tersebut namun dipakai pakai oleh Zarina.

“Beg tu aku tak nak pun, dia yang beli dan paksa pakai. Bukan aku heran pun. Bila rujuk balik, dia suruh ambil semula. Tapi aku tolak dan siap cakap dia ikhlas. Tu ikhlas dia untuk kali kedualah untuk bag b**** ni,” katanya.



Zarina Anjoulie Cabar Bekas Suami Cerai Talak Tiga 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo