Artikel Terkini

Zelenskyy bertemu Biden di White House

Zelenskyy bertemu Biden di White House
Zelenskyy bertemu Biden di White House 1

WASHINGTON – Presiden Volodymyr Zelenskyy bertemu rakan sejawat beliau, Joe Biden di White House dalam lawatan pertama pemimpin Ukraine berkenaan ke luar negara sejak pencerobohan Russia, lapor akhbar Metro UK semalam.

Washington mengesahkan bahawa Zelenskyy tiba di Pangkalan Tentera Udara Andrews di Maryland sejurus sebelum waktu tengah hari semalam.

Lawatan antarabangsa tersebut adalah yang pertama dilakukan Zelensky sejak negaranya diceroboh oleh tentera Russia pada Februari lalu.

Sejurus sebelum pukul 2.30 petang (waktu tempatan), Zelenskyy bertemu Biden dan wanita pertama AS, Jill Biden di South Lawn, White House.

Zelensky dilihat memakai baju hijau dihiasi dengan jata negaranya.

Beliau kemudian terlibat dalam perbincangan dua hala sebelum mengadakan sidang akhbar bersama Biden.

“Amerika Syarikat komited untuk memastikan rakyat Ukraine mampu berjuang menentang pencerobohan Russia selama mana yang diperlukan.

“Kita harus jelas bahawa apa yang dilakukan oleh Russia adalah sengaja memusnahkan infrastruktur kritikal.

“Russia menggunakan musim sejuk sebagai senjata. Orang ramai kesejukan, kelaparan dan terputus hubungan antara satu sama lain,” kata Biden.

Bercakap selepas Biden, Zelensky merayu kepada rakyat AS untuk menggambarkan imej musim sejuk yang teruk dengan catuan elektrik selama dua jam setiap hari akibat serangan udara Russia ke atas infrastruktur utama.

“Russia harus bertanggungjawab atas semua yang dilakukannya terhadap kami,” kata Zelensky.

Zelensky kemudian menjawab soalan mengenai apa yang beliau mahu dunia tahu.

“Saya mendoakan keamanan buat anda semua. Saya berharap anda akan melihat anak-anak anda hidup dan menjadi dewasa. Saya berharap anda melihat mereka masuk ke universiti. Saya rasa itu perkara utama,” katanya. – Agensi


Zelenskyy bertemu Biden di White House 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo