Berita

Zulin Aziz antara ‘kontak rapat’ Alif Satar

Zulin Aziz antara 'kontak rapat' Alif Satar 2

Kuala Lumpur: Pelakom Zulin Aziz kini harus menjalani kuarantin selana 14 hari berikutan salah seorang kontak rapat kepada pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar.

Terdahulu, Alif menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan dia sah positif pandemik Covid-19 selepas membuat ujian saringan.

Zulin berkata dia menjadi kontak rapat dengan Alif kerana mereka sama-sama terbabit dalam satu penggambaran drama.

“Saya kena jalani kuarantin 14 hari dan ujian swab, yang mana saya adalah salah seorang kontak rapat Alif di set penggambaran.

“Dengan ini, saya minta maaf pada penerbit dan pihak-pihak lain yang mana saya perlu bekerjasama dalam telefilem dan talk show (program bual bicara), Saya kena batalkan kerana tempoh itu saya perlu menjalani kuarantin di rumah,” tulisnya di Instagram.

Selain itu,Zuln turut meminta orang ramai terutama pengikutnya supaya mendoakan keselamatan penggiat seni supaya dilindungi daripada Covid-19.

Zulin yang juga aktif mengacara turut mendoakan Alif semoga diberikan kesembuhan segera oleh Allah SWT daripada jangkitan wabak berkenaan.

Tidak ketinggalan, Zulin juga mengingatkan orang ramai supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP), ditetapkan, jangan keluar rumah jika tiada keperluan, pakai pelitup muka dan sentiasa sanitasi tangan.

Difahamkan, Zulin dan Alif terbabit membintangi drama Penjara Janji teebitan JS Pictures Sdn Bhd yang diarahkan Jinggo di lakosi di Melaka. Kini, penggambaran drama itu juga sudah dihentikan.

Berita berkaitan

  • ‘Penggambaran drama Penjara Janji JS Pictures dihentikan’
  • Alif Satar kini kuarantin di Melaka
  • Alif Satar sah dijangkiti Covid-19
  • Zulin Aziz antara 'kontak rapat' Alif Satar 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo