Uncategorized

Bon Kerajaan Malaysia Diturunkan Menjadi Neutral Daripada ‘Bullish’ – DBS Research

Bon Kerajaan Malaysia Diturunkan Menjadi Neutral Daripada 'Bullish' - DBS Research 1


Kalau beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan Malaysia Mungkin ‘Hilang’ RM33 Bilion Akibat Terkeluar Daripada World Government Bond Index (WGBI) oleh FTSE Russell, kali ini pihak DBS Research pula menurunkan tahap menurunkan tahap bon kerajaan Malaysia ke paras ‘neutral’, berbanding ‘bullish’ sebelum ini.

Ini berikutan penilaian Malaysian Government Securities (MGS) yang tidak lagi murah dan risiko berkaitan prestasi yang telah meningkat.

Penganalisa DBS Research iaitu Duncan Tan telah menyuarakan kebimbangan berkenaan peningkatan risiko dan ketidaktentuan yang menyelebungi pembangunan masa depan Malaysia, yang bakal melihat MGS dan Ringgit Malaysia didagangkan dengan lebih volatile.

Malaysia Berdepan Lagi RM8 Bilion Aliran Keluar Dana Asing

Dengan FTSE Russell, kita mungkin ‘hilang’ RM33 Bilion, kini dengan pengumuman DBS Research pula kita bakal ‘hilang’ RM8 bilion pula. Katanya dana kekayaan dari Norway bakal membawa keluar wang mereka daripada pasaran negara yang membangun, termasuklah dari Malaysia.

Walaupun bon kerajaan Malaysia berada di tempat ketiga di kalangan negara membangun Asia, prestasi matawang Ringgit Malaysia yang menurun tidak membantu dalam meyakinkan para pelabur untuk melabur di sini.

Sumber:

Bagaimana Reaksi FBMKLCI Terhadap Berita Ini?

Bon Kerajaan Malaysia Diturunkan Menjadi Neutral Daripada 'Bullish' - DBS Research 2

Sumber: Trading View

Pasaran saham Malaysia jatuh sejak setahun yang lalu, namun tanda-tanda rebound ada sedikit. Selasa lepas naik 4.89 mata atau 0.30% untuk ditutup pada paras 1642.29 mata.

Jom sama-sama kita tunggu bagaimana reaksi pasaran dengan berita terbaru ini.

Bon Kerajaan Malaysia Diturunkan Menjadi Neutral Daripada 'Bullish' - DBS Research 3

Komen

komen





Source link