Artikel Terkini

Boost Berintegrasi Bersama Setel Untuk Pengalaman Mengisi Minyak yang Mudah di Stesen PETRONAS Seluruh Negara


E-dompet tempatan Boost telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Setel pada hari ini –  aplikasi mudah alih pertama di dalam negara yang membawakan pengalaman mengisi minyak dan berbelanja yang lancar dan santai kepada pelanggan PETRONAS. Kerjasama ini bukan sahaja memperluaskan portfolio ‘Transport & Transit’ Boost tetapi merintis skop saling boleh kendali antara kedua-dua platform, di mana Setel akan diintegrasikan sepenuhnya dengan aplikasi Boost.

Ini bermakna pengguna boleh mengakses Setel secara langsung melalui Boost, dan membeli minyak dari peranti mudah alih tanpa meninggalkan kereta. Pengguna juga boleh menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi di stesen PETRONAS, sekaligus menerima ganjaran dua kali ganda apabila membayar dengan Boost.

Mohd Khairil Abdullah, CEO Boost berkata, “Kolaborasi dengan Setel sangat kami nantikan. Boost sentiasa mencari peluang untuk merubah status quo dan mendigitasikan urusan harian. Terutamanya sekarang apabila pelancongan domestik semakin popular dan ramai menggunakan pengangkutan jalan, kami ingin memenuhi keperluan rakyat untuk cara yang lebih selamat dan pantas untuk mengisi minyak sepanjang perjalanan. Kerjasama baharu ini bakal meningkatkan ciri saling boleh kendali antara kedua-dua platform kami, sekaligus membina ekosistem tanpa tunai yang dinamik dan mantap serta mencerminkan masyarakat pintar digital.”

Pengguna baharu boleh membuka akaun Setel dari Boost dengan memilih tile ‘Transport,’ tekan tile Setel dan isi nombor telefon. Seteleh didaftarkan, pengguna hanya perlu mengisi maklumat pam minyak dan kuantiti minyak yang diinginkan.

“Setel terus mara untuk mentransformasi pengalaman ‘retail-on-the-go’ dengan produk baharu yang ditawarkan. Berpusatkan ekosistem stesen PETRONAS, kami memanfaatkan rangkaian rakan kerja yang kukuh untuk membawa pengalaman yang lancar dan mudah kepada pelanggan. Kolaborasi ini membawa kemudahan untuk ‘pay, pump and go’ ke 1,000 stesen yang menawarkan perkhidmatan Setel, sambil memberi ganjaran kesetiaan dua kali ganda dari Setel dan Boost,” kata Iskandar Ezzahuddin, CEO Setel.

Bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020, Boost dan Setel akan memberikan 10% pulangan tunai yang terhad kepada RM5 sambil perbelanjaan minimum RM30. Pulangan tunai ditawarkan kepada 200,000 pelanggan baharu Setel yang melakukan transaksi pertama melalui Boost di stesen PETRONAS yang menawarkan perkhidmatan Setel. Pulangan tunai yang diterima akan dikredit secara automatik ke dalam ‘Partner Wallet’ di akaun pengguna Boost dalam tempoh tujuh (7) hari. Sebarang pulangan tunai di dalam ‘Partner Wallet’ akan dipotong secara automatik dengan perbelanjaan minimum RM20 di kunjungan seterusnya ke stesen PETRONAS yang menawarkan perkhidmatan Setel.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp) serta laman sesawang di www.myboost.com.my. Boost boleh dimuat turun di Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery.

Iklan


Iklan





Source link