Artikel Terkini

Buat 5 Perkara Ini Untuk Menyusun Kewangan Peribadi


Kita semua bekerja keras untuk mencari pendapatan demi menyara diri sendiri dan keluarga. Tetapi mengikut statistik:

❎ Hanya 41% Rakyat Malaysia Mempunyai Insurans Dan Hanya 15% Mempunyai Takaful
❎ Tiga Daripada Empat Rakyat Malaysia Tidak Mampu Menyediakan RM1,000 Jika Berlaku Kecemasan
❎ Hampir Sejuta Rakyat Malaysia Kerugian RM3.8 Bilion Disebabkan Penipuan
❎ RM70 Bilion Harta Orang Yang Telah Mati Dibekukan

Di manakah silapnya? Gaji tak cukup kah? Tak pandai kawal perbelanjaan kah? Keutamaan tak betul kah?

Susun Kewangan Peribadi Dengan Melakukan 5 Perkara Ini

Secara umumnya, pendapatan yang kita perolehi setiap bulan haruslah dibahagikan dengan teratur. Setiap kali masuk saja gaji, boleh buat pembahagian seperti berikut:

30% Perbelanjaan isi rumah
30% Pembayaran hutang
5% Lain-lain
5% Pemberian
30% Lebihan

Jom kita tengok dengan lebih lanjut:

1. 30% Perbelanjaan Isi Rumah

Ini termasuk isi minyak petrol, makan, minum, sekolah anak, belanja dapur dll

2. 30% Pembayaran Hutang

Termasuklah hutang rumah, hutang kereta, hutang pinjaman peibadi, hutang pendidikan dan lain-lain

3. 5% Lain-Lain

Ia mungkin boleh jadi untuk kegunaan perbelanjaan isi rumah atau pembayaran hutang

Nota: #1, #2 dan #3 boleh digabungkan menjadi maksimum 65%

4. 5% Pemberian

Ini terrmasuklah zakat, sedekah, cukai, pemberian kepada ibu bapa dan lain-lain.

5. 30% Lebihan

Lebihan pula dipecahkan kepada 3 bahagian:

Simpanan 10%
Perlindungan 10%
Pelaburan 10%

5.1 Simpanan 10%

Instrumen simpanan mestilah:

a) Tiada caj belian dan caj jualan
b) Tiada risiko
c) Mudah dicairkan

Kenapa perlu ada 3 ciri-ciri ini?

Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Kalau dulu Tabung Haji adalah pilihan utama kerana ia memberikan pulangan yang konsisten, tiada kos tambahan dan sudah siap ditolak zakat. Tapi pulangan TH yang terkini kurang memberangsangkan.

Alternatif terbaik adalah ASB. Kekurangannya, tidak ditolak zakat siap-siap seperti TH dan jumlah maksima adalah sebanyak RM200,000.

Sasaran minima simpanan adalah sebanyak 3 ke 6 bulan gaji.

5.2 Perlindungan 10%

Melalui Takaful, perkara yang perlu dilindungi adalah:

a) Perlindungan pendapatan
b) Penyelesaian hutang
c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas adalah menghadapi saat-saat musibah seperti kematian, lumpuh kekal dan penyakit kritikal.

5.3 Pelaburan 10%

Kita ada pelbagai instrumen seperti saham, unit trust, hartanah, emas dan lain-lain

Pelaburan ada dua kaedah utama iaitu:

a) Peningkatan nilai modal (capital appreciation), dan
b) Pendapatan pasif

Contoh; Beli rumah untuk pelaburan, keuntungan diperolehi melalui:
– kenaikan harga rumah
– kutipan duit sewa

NOTA:

1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sebagai INFAQ, akronim kepada INTELLIGENT & FINANCIAL QUOTIENT dan INFAQ juga merupakan istilah yang dekat dengan elemen kewangan dalam ISLAM.

2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dengan peruntukan 60% atau digabungkan dengan item “lain-lain” menjadikan jumlahnya 65%.

3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan sebanyak 10% bulanan boleh diagihkan kepada PELABURAN.

4. PERLINDUNGAN takaful dengan peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Untuk takaful anak-anak, ianya berada di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.

5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG melebihi 65%, boleh mulakan dengan lebihan yang ada untuk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

Nak tahu lebih lanjut? Dapatkan E-learning Seminar Bijak Merancang Wang di sini: https://www.majalahlabur.com/ESeminarBMW



Source link