Uncategorized

Buku Chef Rendang Crispy bakal dikeluarkan Julai ini

Buku Chef Rendang Crispy bakal dikeluarkan Julai ini 1



Buku Chef Rendang Crispy bakal dikeluarkan Julai ini 2

BUKU tukang masak kelahiran Malaysia, Zaleha Kadir-Olpin yang tersingkir dari MasterChef UK akibat rendang yang dimasaknya tidak rangup akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat di laman Facebook Zaleha, berjudul ‘My Rendang Isn’t Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes’ pada Isnin.

Menurut laman Facebook Zaleha, That Rendang Lady, buku yang diterbitkan Marshall Cavendish International boleh ditempah secara online daripada Marshall Cavendish Singapore untuk pelanggan di Asia.

Ia bakal dikeluarkan di Asia pada 1 Julai dan pada 16 September di United Kingdom.

Buku memasak itu mengandungi resepi dan cara memasak makanan Zaleha semasa membesar termasuk laksam, nasi lemak dan makanan ikonik rendang ayam, yang mencetuskan perbalahan netizen dengan juri MasterChef.

Resepi dalam buku tersebut adalah resepi turun temurun dari ibu dan neneknya dan akan mengekalkan cara tradisional memasak yang sesuai untuk dapur moden.

Bukan sekadar resepi, Zaleha akan berkongsi cerita membesar dalam keluarga yang suka memasak dan kepentingan makanan dalam budaya Malaysia.

BACA: Ayam rendang Zaleha berjaya satukan Malaysia


Zaleha mara ke suku akhir MasterChef UK namun disingkirkan selepas juri rancangan tersebut, Gregg Wallace dan John Torode menyatakan rendangnya tidak rangup atau tidak ‘crispy’.

Wallace kemudian dikecam teruk oleh netizen gara-gara komennya itu, namun menjelaskan dalam rancangan Good Morning Britain bahawa maksud sebenarnya ‘crispy’ itu adalah tidak masak.

BACA: Bukan tak garing, tapi tak masak

Ia turut mendapat perhatian ahli politik termasuk Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia pada ketika itu, Vicki Treadell yang turut mengkritik juri MasterChef UK.

BACA: Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia ‘sekolahkan’ juri MasterChef UK

BACA: Marilah kita bermaafan, termasuklah isu ‘rendang crispy’

Treadell kini berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Australia.





Source link