Artikel Terkini

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur | Astro Awani



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.

Pada 9.10 pagi indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 2.69 mata kepada 1,386.86 daripada 1,389.55 sewaktu ditutup pada Selasa.

Ia susut 1.8 mata kepada 1,387.75 sewaktu dibuka pagi ini.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 252 berbanding 113 manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,230 tidak didagangkan dan 27 lain digantung.

Dagangan aktif dengan jumlah dagangan berjumlah 613.57 juta saham bernilai RM192.39 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata momentum belian akan terus ketara di bursa tempatan itu berikutan indeks utama meneruskan usaha peningkatan ke arah paras rintangan pada 1,400 dan seterusnya 1,430.

Paras sokongan pula kekal pada 1,360 dan 1,350.

“Saham-saham berharga rendah dan di pasaran meluas turut mencatat prestasi lebih kukuh semalam dan kami melihat momentum positif itu akan berlanjutan.

“Namun, pada masa sama peningkatan sedemikian akan turut mendorong aktiviti pengambilan untung menjelang cuti pertengahan minggu ini,” kata firma pembrokeran itu.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank turun 12 sen kepada RM15.94, Hong Leong Bank rugi lapan sen kepada RM13.22, Digi rendah dua sen kepada RM4.51 manakala Sime Darby Plantation dan IOI Corp masing-masing menguncup empat sen kepada RM4.74 dan RM3 .91.

Petronas Chemicals meningkat empat sen kepada RM5.54, Maxis naik tiga sen kepada RM5.31, Axiata tidak berubah pada RM3.87, Maybank rugi satu sen kepada RM7.47 dan TNB turun dua sen kepada RM12.36.

Bagi saham aktif, AT Systematization untung 1.5 sen kepada lima sen, Key Alliance naik satu sen pada 10.5 sen, Perdana Petroleum, Bumi Armada dan MLabs Systems pula masing-masing naik setengah sen kepada 19 sen, 18.5 sen dan 54 sen manakala Hibiscus Petroleum meraih dua sen kepada 54 sen dan Hubline tidak berubah pada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.15 mata kepada 9,744.05, Indeks FBMT 100 susut 5.75 mata kepada 9,598.08, Indeks FBM Emas Shariah menokok 2.50 mata kepada 10,845.11, FBM ACE mengukuh 14.72 mata kepada 4,924.6 manakala FBM 70 menokok 45.86 mata kepada 11,832.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 26.91 mata kepada 12,327.19, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.52 mata kepada 120.84 manakala Indeks Perladangan berkurangan 30.45 mata kepada 6.221.31.

— BERNAMA





Source link

Related Posts