Artikel Terkini

Bursa Malaysia diniagakan berhati-hati minggu ini



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu ini dengan pelabur menunggu pengumuman beberapa data ekonomi termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia pada Rabu ini.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axitrade Stephen Innes berkata, pasaran mengambil kira perkembangan dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) – China kerana masih perlu berhati-hati mengenai situasi itu.

“Saya berpendapat ringgit dijangka diniagakan secara bersifat defensif namun dijangka meningkat berikutan harga minyak mentah yang terus stabil dan data China yang positif pada minggu ini,” katanya.

Keadaan ini adalah sehingga Presiden AS, Donald Trump memberikan pengesahan beberapa tarif tidak akan dikenakan semula ke atas China.

Namun begitu, beliau menjangkakan situasi saling tuduh menuduh antara kedua-dua kuasa besar itu tentang dari mana virus COVID-19 sebenarnya berpunca, akan berterusan buat seketika.

Bursa Malaysia ditutup pada Isnin sempena cuti gantian bagi cuti umum Nuzul al-Quran yang jatuh pada Ahad.

“Keadaan dijangkakan sukar tetapi mungkin bertambah baik pada suku kedua 2020, tetapi saya tidak mengharapkan sesuatu pada minggu ini berikutan pengumuman KDNK yang dijangkakan lemah,” katanya.

Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika minggu ini.

Innes menambah, selain data yang sama, tumpuan turut diberikan kepada laporan jualan runcit dan pengeluaran industri China yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini yang dijangka kukuh.





Source link

Related Posts