Uncategorized

Bursa Malaysia kembali meningkat, diketuai Axiata

Bursa Malaysia kembali meningkat, diketuai Axiata 1



Bursa Malaysia kembali meningkat, diketuai Axiata 2

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula pada Rabu, diketuai Axiata, yang menambah 1.2 peratus kepada RM4.16, selepas saham syarikat itu menyusut lebih 15 peratus pada penutupan semalam.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.56 mata kepada 1,599.41 berbanding 1,595.85 pada penutupan Selasa.

Indeks pasaran dibuka 2.03 mata lebih tinggi pada 1,597.88.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Axiata dan Digi yang lemah semalam, mengheret turun indeks utama ke bawah paras 1,600, sekali gus meletakkan pasaran pada sentimen yang suram.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan reaksi terhadap aset Axiata dan Telenor Asia yang membatalkan rundingan untuk cadangan penggabungan sebelum ini, sudah pun berlalu, dan yakin indeks utama dapat melonjak semula dalam jangka pendek, walaupun tertangguh, dengan saham di Bursa Malaysia sekali lagi menjejaki keuntungan yang dicatat oleh kebanyakan indeks global,” kata Innes dalam notanya hari ini.

Selain itu, sentimen pada indeks global lebih tenang memandangkan perang perdagangan AS-China sudah memperlihatkan tanda-tanda bahawa ia turut mendorong ekuiti untuk meningkat.

“Kami jangka FBM KLCI boleh mencapai semula tahap 1,600, namun keuntungan selanjutnya mungkin sukar pada masa ini ekoran kebimbangan berterusan terhadap arah tuju pasaran,” kata Malacca Securities.

Pada masa ini, rintangan dilihat pada tahap 1,610, manakala sokongan berada pada tahap 1,590 dan 1,580.

Wall Street juga menunjukkan prestasi semalaman yang bercampur-campur, menjelang pengumuman dasar monetari oleh Bank Pusat Eropah esok serta mesyuarat Rizab Persekutuan minggu depan, dengan kedua-dua bank pusat itu dijangka menurunkan kadar faedah masing-masing.

Bagi kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.88, CIMB menambah empat sen pada RM5.04 manakala Sime Darby Plantation menokok tiga sen kepada RM4.92.

Tenaga menambah enam sen kepada RM14.06 dan Hong Leong Bank menokok 12 sen kepada RM16.44.

Bagi saham aktif, Green Packet dan Metronic Global masing-masing naik setengah sen kepada 24.5 sen dan 7.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 23.85 mata kepada 11,265.64, Indeks FBMT100 menambah 22.63 mata kepada 11,103.23 manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 18.53 mata kepada 11,764.96.

FBM Ace menambah 7.17 mata kepada 4,486.66 dan FBM 70 naik 19.49 mata kepada 13,839.96.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 56.91 mata kepada 15,573.61, Indeks Perladangan merosot 17.35 mata kepada 6,809.86 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.07 mata kepada 148.97.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 160 berbanding 78, manakala 166 kaunter tidak berubah, 1,556 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 158.44 juta unit bernilai RM57.59 juta.

— BERNAMA





Source link

Related Posts