Artikel Terkini

Bursa Malaysia meningkat 0.94 peratus ketika akhiri dagangan



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia naik 0.94 peratus semasa mengakhiri dagangan pada Selasa selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2.0 peratus; langkah yang menepati jangkaan pasaran.

Pada penutupan, indeks utama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 12.96 mata kepada 1,389.55, setelah bergerak di antara 1,378.75 dengan 1,398.07 sepanjang dagangan pada Selasa.

Indeks itu dibuka 2.16 mata lebih tinggi kepada 1,378.75.

Lingkungan pasaran adalah positif apabila kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 774 berbanding 162 sementara 339 kaunter tidak berubah, 601 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menambah kepada 5.76 bilion unit bernilai RM2.70 bilion daripada 5.47 bilion unit bernilai RM2.48 bilion pada Isnin.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kali ketiga bagi 2020 hari ini memutuskan pengurangan OPR kepada 2.00 peratus — paras terendah dalam tempoh 10 tahun sejak Februari, 2010.

Sejajar dengan itu, kadar siling dan lantai bagi koridor OPR masing-masing diturunkan kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Penganalisis Kanan Pasaran Asia-Pasifik, Oanda, Jeffrey Halley berkata pengurangkan OPR tersebut sememangnya dijangka oleh kebanyakan pengulas pasaran, dengan angka yang kurang daripada itu akan dianggap sebagai negatif oleh pasaran.

“FBM KLCI meningkat, didorong oleh langkah BNM itu sebagai melaksanakan peranannya untuk membantu pemulihan negara.

“Ini susulan pakej rangsangan fiskal yang besar oleh kerajaan dan kelonggaran langkah kawalan pergerakan semalam,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing melonjak 10 sen kepada RM7.48 dan RM5.50, TNB meningkat 26 sen kepada RM12.38, Public Bank menambah 20 sen kepada RM16.06, IHH Healhcare naik tiga sen kepada RM5.18, sementara Maxis dan MISC masing-masing tidak berubah pada RM5.28 dan RM7.80.

Bagi saham aktif, Ageson naik dua sen kepada 18 sen, Velesto dan Bumi Armada masing-masing menokok 1.5 sen kepada 16 sen dan 18 sen, sementara Fintec Global menambah satu sen kepada lima sen, Hibiscus Petroleum meningkat tiga sen kepada 52 sen dan Ekovest naik 2.5 sen kepada 53 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 107.33 mata kepada 9,746.20, Indeks FBMT 100 meningkat 96.55 mata kepada 9,603.83, Indeks FBM Emas Syariah menambah 122.36 mata kepada 10,842.61, FBM ACE menokok 132.89 mata kepada 4,909.88 manakala FBM 70 melonjak 147.04 mata kepada 11,786.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 124.69 mata kepada 12.354.10, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.04 mata kepada 120.32, sementara Indeks Perladangan menambah 28.05 mata kepada 6.251.76.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.12 bilion saham bernilai RM2.34 bilion daripada 3.37 bilion saham bernilai RM2.08 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 276.86 juta unit bernilai RM47.54 juta daripada 349.72 juta unit bernilai RM77.41 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 1.36 bilion saham bernilai RM315.07 juta daripada 1.75 bilion saham bernilai RM316.89 juta semalam.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 519.73 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (502.76 juta), pembinaan (731.72 juta), teknologi (617.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (45.30 juta), hartanah (356.15 juta), perladangan (554.08 juta), REIT (8.72 juta), dana tertutup (2.000), tenaga (847.76 bilion), penjagaan kesihatan (36.23 juta), telekomunikasi dan media (147.10 juta), pengangkutan dan logistik (234.40 juta) serta utiliti (21.41 juta).

— BERNAMA





Source link

Related Posts