Artikel Terkini

Bursa Marketplace Baru Lancar MLT (Mirror, Learn & Trade)


Baru-baru ini, Bursa Marketplace telah melancarkan platform bagu yang bernama MLT (Mirror, Learn & Trade).

Objektif MLT dibangunkan adalah untuk membina keyakinan dan memberi bimbingan kepada orang ramai yang baru nak mula melabur dalam Bursa Malaysia. Dengan menyertai platform baru ini, semua pengguna boleh lihat dan ikut bagaimana seseorang penganalisa pelaburan berlesen mengurus portfolio mereka, dan merebut peluang yang ada dalam pasaran saham.

Yang lebih penting lagi, platform ini adalah percuma untuk semua, selagi anda merupakan pengguna yang berdaftar dengan BursaMKTPLC.

Buat masa ini, ada 9 penganalisa dan 2,813 mirror yang anda boleh follow. Setiap pengguna yang berdaftar akan diberi modal maya sebanyak RM100,000.

Kenapa Best Sangat MLT Ni?

Bagi pelabur baru, bayangkan anda dapat modal percuma untuk mula mengurus portfolio tersendiri. Bila dah ada duit, boleh belajar dengan penganalisa yang berpengalaman dan strategi yang mereka gunakan.

Juga akan diberi idea-idea mengenai saham-saham yang berpotensi, dengan komuniti MLT sendiri di dalam satu platform yang mudah untuk digunakan.

Sempena pelancaran MLT ini, pelbagai hadiah menarik disediakan untuk semua pengguna baru yang berdaftar.

Apa tunggu lagi, daftar sekarang di lawan web Bursa Marketplace.

Komen

komen





Source link