Artikel Terkini

Cadangan pakej rangsangan bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi



PUTRAJAYA: Cadangan untuk melancarkan pakej rangsangan adalah bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tegas beliau, cadangan pelancaran pakej rangsangan tersebut bukan bermakna Malaysia berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi.

Guan Eng berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pemegang-pemegang taruh terutamanya daripada sektor yang terjejas dalam penyediaan pakej rangsangan berkenaan.

“Kami akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai pelancaran pakej rangsangan.

“Saya perlu membentangkan kertas cadangan pakej rangsangan ekonomi kepada Kabinet terlebih dahulu.

“Tolong bersabar. Kami akan umumkan segala butiran lanjut,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembiayaan projek yang baharu bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada Khamis.

BACA: Koronavirus: Pakej rangsangan ekonomi dipertimbang; tumpu kesejahteraan rakyat

Kerajaan sedang menimbangkan cadangan melaksanakan pakej rangsangan bagi menghadpi kesan penularan wabak koronovirus baharu (2019-nCoV) yang kini melibatkan 14 kes yang dikesan positif di Malaysia.





Source link

Related Posts