Artikel Terkini

Cantiknya! 11 beradik makeover rumah pusaka ibu bapa sempena Raya

61557748848 untitled design 2019 05 13t140958 099 - Cantiknya! 11 beradik makeover rumah pusaka ibu bapa sempena Raya


SEBUAH rumah pusaka usang menerima sentuhan baru apabila 11 adik-beradik sepakat untuk mencantikkan rumah tersebut sempena lebaran yang bakal tiba.
 
Berkongsi beberapa keping gambar di Facebook, Norlinda dan adik-beradik sepakat untuk bergotong-royong untuk mengecat dan membaik pulih semula rumah peninggalan orang tua mereka. 71557748851 img 4090 - Cantiknya! 11 beradik makeover rumah pusaka ibu bapa sempena Raya
 
Menurut Norlinda, ibu bapa mereka sudah enam tahun meninggal dunia.
 
“Setelah enam tahun arwah ayah dan ibu meninggalkan kami 11 beradik, upgrade rumah pusaka oleh anak menantu dan cucu,” katanya.
 
Tambahnya lagi, akan ada fasa kedua untuk sesi ‘makeover’ rumah tersebut untuk memperbetulkan atap rumah.

51557748859 img 4091 - Cantiknya! 11 beradik makeover rumah pusaka ibu bapa sempena Raya
 
Setakat ini, hanya kawasan luar dicat warna biru serta mana yang bocor telah dibaik pulih.
 
Istimewanya lagi, rumah ini turut diberikan sentuhan tradisional dengan lukisan berbentuk kerawang yang dilukis di bahagian hadapan rumah.
 
Sambil bergotong-royong, inilah peluang untuk keluarga besar ini saling berkumpul. Momen manis ini pasti menyerikan lagi hari raya mereka semua.
 
Usaha keluarga besar ini seharusnya menjadi inspirasi buat keluarga lain agar menghargai peninggalan orang tua di kampung. – Sumber: Keluarga





Source link