Artikel Terkini

Cara-Cara Kumpul Deposit Rumah Pertama


Boleh dikatakan semua orang tahu, anda kena sediakan deposit 10% sebelum membeli rumah. 

Ini bermakna kalau anda nak beli rumah RM300,000, anda kena sediakan deposit sebanyak RM30,000. Kalau nak beli rumah RM400,000, anda kena sediakan deposit sebanyak RM40,000 – dan seterusnya.

Tak dinafikan, bahagian mengumpul duit deposit 10% inilah bahagian paling susah dalam proses membeli rumah pertama. 

Ramai rebut peluang beli kereta baru, Berita Setempat ...

Sebab apa susah? Sebab jumlah duit yang anda kena simpan amat besar. Tapi godaan nak pakai duit pula banyak…seperti kereta baru, motosikal baru, iPhone baru dan banyak lagi.

Tapi ada beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk pastikan kejayaan anda kumpul duit deposit rumah. Dalam artikel ini, kami akan pastikan semua cara-cara ini praktikal supaya senang untuk anda ikut.

  1. Rancang perbelanjaan dengan bijak…

… tapi jangan rancang sampai hidup anda rasa terseksa.

Benda ini penting. Sebab semua orang tahu, kalau nak kumpul duit, kita kena rancang perbelanjaan. Tapi ramai orang merancang perbelanjaan mereka terlalu ekstrem sampaikan sanggup makan Maggi setiap hari.

Dan pada masa yang sama, janganlah terlalu boros pula.

Tip Menabung Duit Travel: Simpan Dalam Tabung Tong Gas, Confirm ...

Kalau setiap hari anda makan nasi, janganlah berjimat sampai tak beli nasi dan makan Maggi saja. Sebaliknya untuk jimat perbelanjaan, mungkin anda boleh kurangkan beli makan di restoran dan kerap masak sendiri.

Emosi memainkan peranan besar ketika menyimpan duit. Jadi pastikan anda jimatkan perbelanjaan pada barang yang tak perlu. Contohnya pakai pelan telefon prepaid berbanding postpaid bila rumah dan pejabat anda dah ada WiFi.

  1. Terus simpan lepas dapat gaji

Selepas saja anda dapat gaji, bayar semua bil dan sewa rumah anda dahulu. Kemudian terus pindahkan terus duit yang anda nak simpan ke sebuah akaun bank yang lain yang anda tahu tak boleh usik. Jumlahnya biarlah realistik supaya anda ada duit makan yang cukup.

Jangan tunggu sampai hujung bulan, baru nak menyimpan. 

Penjawat awam perlu hemat berbelanja untuk hadapi 48 hari tanpa ...

Jika anda terus simpan lepas dapat gaji, anda akan dapati anda sebenarnya boleh menyimpan lebih lama dan enjoy hidup seperti biasa.

  1. Downgrade jenama 

Bagi sesetengah pasangan, kereta atau motosikal adalah satu keperluan. Tapi kereta atau motosikal baru dan berjenama mahal bukanlah satu keperluan. Lagipun kenderaan adalah aset yang akan susut nilainya. 

Mungkin daripada memakai kereta baru, anda boleh pakai kereta second-hand. 

Selain itu, tengok juga barang-barang lain yang anda tak kisah guna walaupun jenamanya murah seperti pakaian dan makanan. Penjimatan yang anda buat bila downgrade jenama kenderaan, pakaian dan makanan mungkin nampak kecil, tapi besar impaknya dalam jangka masa panjang.

5 Tips Bagi Mereka Yang Pertama Kali Membeli Kereta - Majalah Labur

  1. Tambah pendapatan

Untuk mempercepatkan proses kumpul deposit rumah, anda juga boleh tengok cara-cara menambah pendapatan bulanan anda.

Kalau anda ada skil seperti memasak atau mereka grafik, gunakan skil anda untuk menghasilkan pendapat pasif.

Kalau anda ada kereta yang jarang digunakan, anda boleh sewakan kereta anda di aplikasi seperti Trevo. 

Kalau anda masa yang banyak, anda boleh cari kerja sampingan. Tapi pastikan anda periksa dahulu kontrak kerja utama anda. Kadang-kadang, ada majikan yang tak bagi pekerjanya buat kerja sampingan. Kalau semuanya clear, barulah anda boleh buat kerja sampingan.

  1. Beli aset yang meningkat nilainya

Siapa cakap kalau nak kumpul duit, tak boleh shopping? Shopping pun boleh membantu usaha anda kumpul duit deposit rumah kalau kena caranya.

Dengan syarat, anda membeli barang-barang yang ada potensi meningkat nilainya.

Kaum wanita paling pakar dalam bab ini. Apa yang mereka buat adalah mereka akan beli barang kemas – secara spesifiknya, emas. Emas merupakan komoditi yang harganya sentiasa stabil. Apabila ekonomi meleset, emas adalah satu-satunya komoditi yang naik harganya.

Sebagai contoh, harga emas pada tahun 2018 berharga sekitar RM160/gram. Tetapi pada tahun 2020, harga emas telah naik sehingga mencecah RM250/gram. 

Selain emas, antara barang-barang lain yang meningkat nilainya adalah pakaian berjenama keluaran terhad dan barang-barang antik. 

Apa beza jongkong emas dengan dinar emas? – Hafizul Hakim

  1. Downgrade rumah sewa

Kalau anda bayar sewa tinggi setiap bulan, mungkin anda boleh downgrade rumah sewa anda untuk mempercepatkan proses kumpul duit deposit rumah pertama anda.

Sebagai contoh, katakan sekarang anda sedang bayar sewa RM1,300 untuk sebuah kondominium di Petaling Jaya. Mungkin anda boleh downgrade kepada sebuah apartmen di Damansara Damai dengan bayaran sewa RM900 sebulan. RM400 yang anda jimatkan ini boleh dimasukkan ke tabung deposit rumah.

Cara ini mungkin kedengaran berat untuk dibuat. Tapi perlu diingat, ia hanya sementara sahaja. Matlamat utama kita kan nak beli rumah sendiri?

  1. Kumpul sama-sama dengan pasangan

Satu cara lagi yang boleh diamalkan pasangan muda baru berkahwin adalah dengan mengumpul duit sama-sama dengan pasangan anda. Lagipun Acha Septriasa kata, berdua lebih baik kan?

Pada zaman dulu, mungkin golongan suami sahaja yang kena kumpul duit beli rumah. Tapi pada zaman sekarang, dah ramai golongan isteri yang bekerja. Jadi apa kata suami isteri kumpul duit sama-sama, tambah pendapatan sama-sama dan kurangkan perbelanjaan sama-sama. 

Barulah rasa manisnya perkahwinan dapat beli rumah sama-sama.

  1. Skim Rumah Pertamaku

Bagi pasangan yang bekerja dalam sektor swasta, anda boleh manfaatkan Skim Rumah Pertamaku. 

Skim Rumah Pertamaku merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu anda membeli rumah pertama. Dalam skim ini, kerajaan mengarahkan bank-bank di Malaysia untuk memberi kemudahan pinjaman perumahan 100% kepada anda. 

Dalam erti kata lain, anda tak perlu susah-susah untuk kumpul deposit 10% daripada harga rumah lagi. 100% kos rumah akan dibiayai oleh pinjaman bank.

Syarat kelayakan untuk anda mohon Skim Rumah Pertamaku adalah:

  • Rakyat Malaysia sahaja 
  • Pembeli rumah pertama sahaja 
  • Pekerja sektor swasta 
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun 
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan 
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan

Skim ini hanya tertakluk kepada pembeli rumah di Malaysia sahaja dengan nilai minimum RM100,000 dan maksimum RM500,000. Rumah yang dibeli tidak boleh disewakan. 

Anda boleh layari laman sesawang Skim Rumah Pertamaku untuk maklumat yang lebih terperinci.

  1. MyHome

Lebih kurang sama macam Skim Rumah Pertamaku, MyHome (dahulunya dikelanli sebagai MyDeposit) memberikan kemudahan wang pendahuluan maksimum RM30,000 untuk menampung deposit 10% rumah pertama anda. 

MyDeposit hanya diberikan jika anda mahu membeli rumah di bawah MyHome yang berharga maksimum RM500,000. 

Syarat kelayakan untuk anda mohon MyHome adalah:

  • Rakyat Malaysia sahaja 
  • Pembeli rumah pertama sahaja 
  • Pekerja sektor swasta 
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Permohonan satu unit rumah sahaja bagi satu isi rumah
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Untuk mendaftar, anda boleh layari pautan MyHome KPKT.

Pengurusan kewangan dan insentif kerajaan kunci kejayaan kumpul deposit rumah

Bila bercakap tentang kerja-kerja susah seperti kumpul duit deposit rumah, kunci kejayaannya terletak kepada usaha-usaha kecil.

Perancangan kewangan yang baik jika, kemudian ditambah pula dengan kecekapan anda memanfaatkan insentif yang disediakan oleh kerajaan dapat merealisasikan impian anda untuk membeli rumah pertama.

Sekarang anda dah tahu apa yang anda perlu lakukan untuk kumpul duit deposit rumah. Sepatutnya anda dah tak ada alasan lagi dah untuk tidak membeli rumah.

Apa halangan terbesar anda untuk kumpul duit deposit rumah? Kongsikannya di ruangan komen!

Sumber:

  1. https://teduh.kpkt.gov.my/project/details/SPRN_119_MYHOME
  2. http://www.srp.com.my/en/criteria.html





Source link