Uncategorized

Cara Kesan Scammers Secara Online

Cara Kesan Scammers Secara Online 1


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah membangunkan satu laman khusus untuk kita buat semakan NOMBOR TELEFON atau NOMBOR AKAUN BANK sebelum kita berurusan dengan mana-mana pihak atau individu secara online.

Maklumlah, zaman sekarang ni nak shopping semakin mudah. Semuanya boleh dibuat online, tanpa perlu kita pergi ke kedai. Dengan adanya cara ini, bolehlah kita tengok samada pihak yang kita ingin berurusan itu pernah mempunyai rekod dengan pihak polis atau pun tidak.

5 Langkah Mudah Untuk Semak

Cara Kesan Scammers Secara Online 2

1. Layari laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

2. Masukkan Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon

3. Pilih Nak Semak Akaun Bank atau Nombor Telefon

4. Masukkan Captcha (untuk elakkan spam)

5. Klik Semak Maklumat

Cara Kesan Scammers Secara Online 3

Kalau belum ada laporan polis berkenaan Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon, maka sistem akan memberitahu kita ‘Tiada Report Diperolehi’.

Cara Kesan Scammers Secara Online 4

Tapi kalau pernah ada rekod, akan keluar AMARAN seperti di atas. Maka jauhkanlah diri daripada Scammer tersebut. Jangan pula teruskan dengan transaksi online, sebab dah pernah ada laporan polis terhadap Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tadi.

Sumber: FB Jabatan Penerangan Malaysia

Cara Kesan Scammers Secara Online 5

Komen

komen





Source link