Artikel Terkini

Cara Lipat Baju “Tuck-In” Pastikan Laci Tak Bersepah


Anak-anak yang meningkat besar menuju usia 5 tahun memang sukakan cabaran dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mak-mak rasa lagi mencabar apabila bayi anda mula merangkak dan baru dapat kaki. Habis setiap pelusuk diterokai tanpa risau ancaman dan bahaya.

Biasa lah, masa-masa yang mencabar ini kediaman anda susah nak nampak kemas dan terusun rapi. Baru sahaja siap mengemas, dah berselerak semula. Paling mak-mak boleh hilang sabar adalah apabila baju dalam almari dan laci berselerak di buatnya. Tapi Ojie Ismail ada cara penyelesaian mudah.

Lipat baju baby cara saya..

Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju..

Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.

Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer.. Dah tak payah penat2 lipat balik.. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu..

Sesaja share, mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi..

Baju petang dan malam: Baris depan, baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tengah dan belakang; baju lengan panjang+seluar panjang.

Baju Siang: Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek
Baris tengah n belakang: baju lengan pendek+seluar pendek

CARA LIPAT BAJU TUCK-IN
1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh
2. Terbalikkan baju
3. Letak seluar
4. Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju
5. ipat bahagian badan baju.. Pastikan bahagian bahu lurus.. Sbb nak create ‘pocket’
6. Lipat lengan baju
7. Lipat lagi sebelah
8. Lipat 1/3 baju
9. Masukkan kan hujung baju ke bahagian bawah tengkuk baju



Source link