Artikel Terkini

Cara mudah tukar duit raya, tak perlu beratur panjang di bank lagi!

81559304039 untitled design 2019 05 31t143530 416 - Cara mudah tukar duit raya, tak perlu beratur panjang di bank lagi!


Orang ramai kini tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter bank untuk menukar duit raya kerana ada satu cara yang lebih cepat untuk menukarnya.

Menerusi satu perkongsian Mohd Shukur di Facebook, duit raya boleh ditukar dengan mudah hanya menerusi mesin ATM.

Macam mana caranya? Ikuti langkah mudah ini.

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.

61559304046 duit2 - Cara mudah tukar duit raya, tak perlu beratur panjang di bank lagi!

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

71559304054 duit3 - Cara mudah tukar duit raya, tak perlu beratur panjang di bank lagi!

3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.

81559304059 duit1 - Cara mudah tukar duit raya, tak perlu beratur panjang di bank lagi!

4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan. 

Entri yang dimuat naik ini telah mendapat hampir 5,000 perkongsian di Facebook,  nampaknya ramai yang dapat manfaat berguna daripadanya.

Masih ada masa untuk anda dapatkan duit raya serba baru dan serba wangi, selamat mencuba!
 





Source link