Artikel Terkini

Cara Musnahkan Kemitetep, Elak Kene Gigit Dan Rosakkan Pakain


Musim lembab, hujan setiap hari di beberapa kawasan mungkin antara punca atau musim pembiakkan serangga berkepompom yang terkenal dengan nama kemitetep atau dust warm ini. Banyak posting berkaitan serangga perosak ni yang IMPIANA baca dan kebanyakkanya tak tahu bahawa serangga ni antara ancaman perosak di dalam rumah. Yatie Eimra berkongsi perinci mengenai serangga ini dan cara mengawalnya

Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu. Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni juga memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.

Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil dan juga fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit.

Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu² tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu² tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur² ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap² lak.

Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian
=================================
Kalau kupu² bertelur dalam almari memang leceh sangat.. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.
Keluarkan semua pakaian dari almari.
Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu². (Kupu² biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby² ulat dapat makan dengan cukup).
Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang²nya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.
Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur² serangga & hama.
Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu². Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.
Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil
==================================
Cabut semua cadar & sarung bantal.
Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik²nya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah
==================================
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu²
takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap
Bersihkan habuk & sawang
Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
Bersihkan almari & katil secara berkala
Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap sliding.
Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu² ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu² masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.
Harap² sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk tu..



Source link