Uncategorized

Cara Nak Gandakan Duit Dalam Pasaran Saham Menggunakan Rule of 72

Cara Nak Gandakan Duit Dalam Pasaran Saham Menggunakan Rule of 72 1


Tujuan kita melabur dalam pasaran saham adalah untuk menggandakan wang daripada modal yang kita gunakan. Setiap orang mempunyai modal yang berbeza, jadi tak kiralah jika anda ada RM1,000, RM10,000 atau RM100,000; pasti kita nak lihat duit kita berkembang.

Tapi sebelum kita mula bicara, pernah tak dengar pasal Rule of 72 ni?

Menurut Investopedia, Rule of 72 adalah cara paling mudah untuk kita tahu berapa lama sesuatu pelaburan akan berganda berdasarkan kadar faedah tahunan yang tetap. Dengan membahagikan 72 dengan kadar pulangan/dividen tahunan, pelabur boleh menjangkakan bilangan tahun yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan asal.

Dalam erti kata lain, kalau kita ada modal RM1,000 – berapa lama masa yang diperlukan untuk menggandakan wang tersebut menjadi RM2,000? Kalau ada RM10,000, berapa tahun yang diperlukan untuk ia berganda menjadi RM20,000?

1. Instrumen Pelaburan Dengan Pulangan Sebanyak 6% Setahun

72 / 6 = 12 tahun

Ia akan mengambil masa 12 tahun untuk menggandakan wang anda jika kadar faedah/dividen adalah 6% setahun secara konsisten.

2. Instrumen Pelaburan Dengan Pulangan Sebanyak 10% Setahun

72 / 10 = 7.2 tahun

Ia akan mengambil masa 7.2 tahun untuk menggandakan wang anda

3. Instrumen Pelaburan Dengan Pulangan Sebanyak 15% Setahun

72 / 15 = 4.8 tahun

Ia akan mengambil masa 4.8 tahun untuk menggandakan wang anda

4. Instrumen Pelaburan Dengan Pulangan Sebanyak 20% Setahun

72 / 20 = 3.6 tahun

Ia akan mengambil masa 3.6 tahun untuk menggandakan wang anda

5. Instrumen Pelaburan Dengan Pulangan Sebanyak 30% Setahun

72 / 30 = 2.4 tahun

Ia akan mengambil masa 2.4 tahun untuk menggandakan wang anda

6. Instrumen Pelaburan Dengan Pulangan Sebanyak 50% Setahun

72 / 50 = 1.44 tahun

Ia akan mengambil masa 1.44 tahun untuk menggandakan wang anda

Itulah Dia Konsep Rule Of 72

Nampak menarik bukan?

Tapi apakah instrumen pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang menarik setiap tahun?

Bagi pulangan 6% setahun, kita mungkin boleh lihat kepada Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan juga dividen daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tabung Haji (TH) pun mampu memberi pulangan sebanyak itu, kecuali tahun lepas apabila hibah TH jatuh kepada paras 1.25%. Tahun-tahun sebelum ini, TH memang konsisten juga.

Bagaimana pula dengan pulangan 10%-15% setahun? Di antara instrumen pelaburan yang popular adalah unit trust dan hartanah.

Nak pulangan lebih besar? Warren Buffett amat berpuas hati dengan pulangan sebanyak 20% yang mampu dijana melalui pelaburan di pasaran saham.

Tapi kalau nak pulangan 30%, 50% atau lebih – pasaran saham adalah merupakan tempatnya. Ianya sesuai dengan istilah ‘High Risk High Return’. Tapi bukan semudah itu untuk meraih keuntungan yang tinggi, kita kena pastikan ilmu penuh di dada terlebih dahulu.

Pengalaman juga memainkan peranan yang penting. Emosi juga tersangatlah penting. Kena follow Trading Plan ketat-ketat, barulah kerugian diminimakan dan keuntungan dimaksimakan.

Sekarang dah tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk menggandakan duit anda? Adakah pasaran saham tempat yang sesuai untuk anda?

Cara Nak Gandakan Duit Dalam Pasaran Saham Menggunakan Rule of 72 2

Komen

komen





Source link