Artikel Terkini

Cara Paling Mudah Dan Cepat nak Hilangkan Kesan Kunyit Tebal Dalam Lesung Batu


Biasa lah lepas menumbuk bahan nak buat masak lemak cili api meletop “BAK HANG”, mesti kesan kunyit tu ketara pada lesung. Nanti nak tumbuk ramuan masakan lain seperti sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.

Namakucell ada satu tip paling mudah untunk hilangkan kesan kunyit dalam lesung basuh. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.

Dalam kes ni, perkongsian daripada Namakucell telah menggunakan jenama Axion. Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. tapi jangan yang jenis keras sangat. Nanti susah nak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.

1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung

2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut

3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai

4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyit nya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih



Source link