Artikel Terkini

Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

ML Islamic Investor - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global


Sebelum ini, kami ada bercerita tentang kewujudan IdealRatings Untuk Semak Saham Global Patuh Syariah Atau Tidak. IdealRatings ada mengeluarkan Laporan Pematuhan yang mengandungi Saringan Perniagaan dan Saringan Kewangan syarikat-syarikat global.

Namun ianya merupakan laporan berbayar, dan agak sukar bagi pelabur runcit macam kita untuk mengeluarkan duit untuk mendapatkan laporan setiap syarikat global yang ingin kita labur.

Jadi apakah pilihan lain yang ada?

Alhamdulillah, di sebalik laporan berbayar yang dikeluarkan IdealRatings – mereka juga ada menyediakan cara mudah untuk semak status patuh Syariah saham Global menggunakan aplikasi telefon pintar.

Memperkenalkan Aplikasi Islamic Investor

islamic investor app - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

Bagi pengguna Android, boleh muat turun di sini.

Bagi pengguna Apple pula, boleh muat turun di sini.

1. Dah muat turun, boleh launch aplikasi tersebut. Boleh pilih nak guna bahasa English atau Arab, pilih English.

islamic investor app4 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

2. Daftar sebagai pengguna baru atau create akaun baru. Boleh juga login sebagai guest kalau taknak daftar.

islamic investor app23 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

3. Kalau nakkan akses kepada pasaran saham Amerika Syarikat, klik Deny. Kalau klik Allow, sistem akan mengesan lokasi kita dan memilih Bursa Malaysia. Maka kita hanya dapat tengok saham-saham Malaysia saja.

islamic investor app22 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

4. Bergantung kepada pilihan di #3 tadi, jika kita memilih Allow, maka kita akan dapat lihat saham-saham di Malaysia. Kalau tersalah pilih dan nak tengok saham-saham Amerika Syarikat, perlu Uninstall dan Install semula.

islamic investor app5 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

Bila kita klik Deny, sistem secara default akan paparkan saham-saham di Amerika Syarikat.

islamic investor app7 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

5. Nak tengok saham yang kita minat dan nak tahu status patuh Syariah, klik pada ikon Kanta untuk Search dan masukkan nama syarikat.

islamic investor app24 700x393 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

6. Maka keluarlah status patuh Syariah. Kalau Pass menandakan ianya patuh Syariah. Contoh syarikat yang patuh Syariah adalah Apple, Facebook, Google (Alphabet), Microsoft.

islamic investor app8 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app11 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app9 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app10 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

McDonalds dengan Starbucks pun patuh Syariah tau.

islamic investor app26 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app25 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

7. Contoh saham syarikat yang tak patuh Syariah yang mempunyai status Fail pula adalah Amazon.com, Netflix, Boeing, American Express dan Goodyear Tire.

islamic investor app12 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app13 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app14 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app17 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

islamic investor app16 700x1400 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

Sekarang dah tahu cara-cara nak semak status patuh Syariah sesuatu saham Global, maka rebutlah peluang untuk melabur di pasaran saham Global.

Ads 300x250 b2 - Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

Komen

komen





Source link